STUDY GROUP FRIEND'S

Monday, 23 December 2013

Buku Cendikiawan Islam

credit by puan Azlina

Buku cendikiawan ni dah berusia 20 tahun.. time abah belikan saya dulu buku ni, rasanya usia buku ni lebih 20 tahun.. mengimbau kenangan. Balik rumah nanti nak cari dalam mini library. Nak baca balik.   masa kecik2 dulu, buku ni buat saya imaginng cerita dia... rupanya ayah saya dah dedahkan semua ni kat saya... baru saya perasan...   

Buku2 ini sudah berusia hampir 20 tahun, kurang pasti samada ianya masih ada di pasaran, ataupun mungkin sudah ada penerbitan buku yang hampir serupa. Buku2 ini adalah terbitan Pustaka Al-Mizan. Mungkin ada di kalangan anda yg mempunyai buku2 yg serupa atau ada info di mana saya boleh dptkan buku2 seperti ini?

Sunday, 22 December 2013

Terkena Ludah Hantu

Assalamualaikum korang... huh, terkezutzz kan dengan tajuk post tu... Ya Allah, sakit rasanya bila terkena penyakit ni... ni bukan lah 1 penyakit ludah jin.. Buat takut mak je kan?? Memandai je ludah jin.. kesian jin tak bersalah jadi mangsa.. hehee.. Tapi, wallahua'lam, kalau penyakit ni mungkin dari jin.. boleh jadi kan???~ Anyway, tak tau la penyakit mende ni.. tapi setahu Cik Iman, ini adalah penyakit "GEGATA" aka "GATAL2"

Ada juga Cik Iman meng"gugel" penyakit ludah jin ni..

Pernahkah anda mengalami gatal- gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan memngatakan itu adalah gegata.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil "urticaria".

Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.


Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan
1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.


Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai. Sekian.

credit to DR HASSAN BASRI

Tuesday, 17 December 2013

Tegur Baik2 Boleh Kot..

Korang pernah kene tegur tak??? Kadang2 wanita ni lebih beremosi, cepat senstif. Jangan nak mengagak sangat kalau orang tu cepat terasa bila di tegur.. Sebab ape?? sebab semakin berusia, semakin kuat perasaan sensitif. Percaya tak?? itu yang saya alami.. Bukan ape, kadang2 kita nak tegur ni, tegur cara berhemah la.. Jangan open sangat nak tegur. Bukan sebab ego, sebab dah pernah terkena. Jngan menuduh konon2nye perhati dah lama, atau nak main psikologi. Then tiba2 rasa macam, "Eh, kau tak boleh ke nak tegur aku private?? aku bukan tak boleh terima teguran kau pun.. ? " Kadang2 manusia ni sentiasa lupa ape yang dia buat, So, orang yang di amanahkan ALLAH la tegur dengan cara berhemah..

Rasulullah berdakwah pun dengan adanya adab, bukan kurang adab. Maaf la bagi yang terasa dengan teguran saya, saya pun tak mention nama sesiapa.. Anyway, harap, jangan la rasa diri tu bagus sangat, macam awak tu tinggi sangat ilmu, macam saya ni tak pandai sangat je nak faham. Bukan budak2 na... Nak tegur sesiapa dalam dunia ni semua ada cara, dari kanak2, remaja, kawan2, family, dewasa, dewasa purba, dan sebagainya... Okey.. tq

Friday, 13 December 2013

Faktor Wanita Yang Mengalami Tekanan Perasaan

Assalamualaikum hi readers.. Rindunyeee.. Baru ade feel nak cereat blog, alhamdulillah masih diberi kesempatan yang baik dimuka bumi Allah ini. Dah start naik sem, dan belum lagi masuk kuliah... Alhamdulillah, pointer memberangsangkan... 

Okey, saya nak share apa yang telah saya alami sejak akhir2 ni.. Maklum lah, bercinta. Bukan nak inform saya yang bercinta. Maksud saya "WANITA YANG MENGALAMI TEKANAN PERASAAN" Korang pun mesti ada juga perasaan CINTA kan?? Kadang2 dalam hubungan kita tidak lari dari perasaan cemburu, bertengkar, salah faham dan sebagainya.. ni baru bercinta, belum lagi yang sudah berumahtangga kan?? .. Insyallah, nanti ada lah jodoh tu kan??  Yang sudah berumahtangga tu, Alhamdulillah.

Wanita dia Malaysia adalah dalam kalangan wanita yang mempunyai tekanan perasaan yang amat tinggi. Kadang2 bila tekanan yang berlebihan, secara automatik, tindakan kita tidak terkawal. Contohnya, mengamuk, bunuh diri dan sebagainya.. Mungkin di kalangan kita terdiri dari keadaan da yang macam tu??

# Pesanan buat lelaki ;
Hargai wanita, Wanita pun ada perasaan, bukan wanita ni sekuat anda yang bernama lelaki. Hatta, sekeras mana wanita itu, tempat bergantung dia adalah disisi insan bernama lelaki. Macam mana mengeluh wanita, sekasar bahasa wanita, lepas mana ayat wanita tersebut, ingat, "Bukan niat aku untuk berkata sedemikian, akan tetapi, aku mempunyai perasaan..." Wanita suka simpan perasaan sakit hati, sebab tu akan terlepas perkataan yang tidak sepatutnya. Oleh itu, wahai lelaki, Jadi rational, Kawal wanita dengan ilmu dan akal, bukan nafsu semata2.. Bukankan kamu sudah di kurniakan 99 akal oleh Allah?? Akal itulah untuk berfikir, bagaimana untuk mendidik wanita.

fb kak putri

Monday, 2 December 2013

Hutang Je Tau kan???

Assaamualaikum.

Amboi, berhutang je tau kan? Bayarnyer tidak...

Tahu tak berhutang tu bahaya?? Jangan berhutang tak terbayar.. Nanti tak memasal nak masuk syurga, tak dapat, masuk pula neraka sebab ade hutang. Bukan saya tak pernah nak berhutang, pernah... Tapi kalau la korang dalam situasi orang yang korang pinjam.. korang tak bayar?? macam mana?? tak kesian ke? orang tu berusaha nak tolong kita.. Tapi kita pulak bila time dia susah, kita langsung taknak tolong... Malah siap tipu lagi, yang paling tak malu, buat2 tak tau ade hutang, dah tu, siap cakap takde hutang dengan orang tu.. Paling best time nak hutang. ayat bangang.. "Bulan depan saya janji bayar."  Jangan gebang sangat ayat okey kalau time nak hutang dengan orang.. Kalau tak mampu nak berhutang jangan sekali2 berhutang..

Seriusly orang tu sangat2 tak malu dan tak sedar di untung... Kalau engkau dalam situasi macam tu rasanya menangis.. Tapi tuhan adil, saya cakap, bukan sebab saya tak pernah kena.. Pernah kene la dan dalam situasi. Ni nak bagi sedar diri kat orang yang behutang.. Kalau nak mention nama dia, takde hal.. Tapi aib kan, masih ada rasa belas kat orang yang macam tu.. Sabar je.. Kalau bayar sikit2 sekadar kita mampu tu takde masalah pun. Sekurang2nya orang tu tau, OO.. orang ni bayar hutang jugak, tak banyak pun sedikit.. Jangan ingat rezeki yang korang makan dari hasil korang menipu tu berkat.. Allah tu adil. Jangan buat2 tak tau dengan hutang korang.. Kesian dekat saya ni.. Kesian dekat penipu macam korang.. last sekali, aku yang terkena.. Bukan taknak halal.. Macam mana saya nak halal kalau tak ada kata putus dari kamu????? Halal kalau setakat rm10 tu mungkin boleh.. Tapi kalau dah...............................


Kunjungi http://www.youagainstdebt.com atau tweet #HidupBebasHutang



Yang teraniaya dan Menuntut HUTANG,
Iman Nasuha