Cinta Ali dan Fatimah amat luar biasa indah, terjaga
kerahsiaanya dalam sikap, ekspresi, dan kata, hingga akhirnya Allah menyatukan
mereka dalam suatu pernikahan. Kerana cinta rahsianya, syaitan pun tidak tahu
menahu soal cinta di antara mereka. Subhanallah...
Ali terpesona pada Fatimah sejak sekian lama, disebabkan
oleh kesantunan, ibadah, cekal hati, dan paras indah puteri kesayangan
Rasulullah SAW itu. Beliau pernah diuji dua kali, saat Abu Bakar dan Umar ibn
Khattab melamar Fatimah sementara dirinya belum bersedia untuk melakukannya.
Namun kesabarannya berbuah manis,lamaran kedua orang sahabat yang tak diragukan
lagi kesolehannya tersebut ternyata ditolak Rasulullah Saw. Akhirnya Ali
memberanikan diri. Dan ternyata lamarannya kepada Fatimah yang hanya bermodal
baju besi diterima.
Di sisi lain, Fatimah ternyata telah memendam cintanya
kepada Ali sejak lama. Dalam suatu riwayat dikisahkan bahawa suatu hari setelah
kedua menikah, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah
denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda dan
aku ingin menikah dengannya”. Ali pun bertanya mengapa ia tetap mahu menikah
dengannya, dan apakah Fatimah menyesal menikah dengannya. Sambil tersenyum
Fathimah menjawab, “Pemuda itu adalah dirimu”
Inilah cinta yang kita mahu hasil daripada kerinduan
rahsia,membawa kepada sebuah perkahwinan yang bahagia. Jika engkau cinta
seseorang, doakanlah dirinya disetiap sujudmu,sesungguhnya Allah itu Maha
Mendengar...