STUDY GROUP FRIEND'S

Friday, 14 March 2014

Review : Butik Aludra

ok... Tudung ni tudung halfmoon... cun giler dari Butik Aludra... Murah2 je. So kalau nak lihat lebih banyak, boleh la ke fb Butik Aludra.. 



Nak oder : http://butikaludra.blogspot.com./
 myaludra@gmail.com 
or 
text/sms/whatsapp 0124095074

Ijazah Sarjana Muda...... Teater Muzikal Islami

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak saya menghupdate blog ni... Silakan rindu banyak2 kat Cik Iman. Maklumlah, bzy dengan kelas, lagi2 statistic. teater, yang tiba2 join.. hehe~ tq so muck semua... Miss the moment.. sayang korang.. Akan ingat sampai bila2.. Semoga ukhuwwaah terjalin dan berpanjangan.. Amin..

Insyallah suatu hari nanti.. hehehhe~



Koir yang merdu suaranya...

yang excited...

Sila lihat kasut arif aka baby erika

Kak prop kami dengan barisan pelakon "Lorong belakang"

Pengarah suntingan teater kami dengan nyah "Baby Erika"

kezaliman berlaku di mana2



Monday, 17 February 2014

Miss the moment


Assalamualaikum.. Hai readers... Rindunyer nak hupdate blog. Maklumlah,, buzy memanjang. Then assingment kene siapkan, presentation pulak belambak.. Belambak ke??? ewahh.. Lagi2 dengan cuaca pans tak hujan2 sebulan ni.. Atcually area KUalaa Sg Baru je kot tak hujan, area Melaka bandaraya ade la sikit terasa gerimis.. Saya pula, demam T___T dari hari jumaat, sampai la hari ahad pagi tu baru okey.. Alhamdulillah... tekak je masih membengkak. akibat tak minum air masak banyak. Tapi demam2 cenggini pun still happy bersama si DIA yang tersayang... entah kenapa happy semacam je.. Suka sangat2, lama dah tak ketawa, happy macam tu.. miss the moment~ tQ so much layan kerenah saya. sampai saya buat rampasan terhadap hp awak.. lalala~ saya suka nak pakai no awak.. so, jangan di tanya, kenapa saya nak pakai no awak. Of course la ade peristiwa2 tertentu.. lalalal~ Anyway, saya akan tunggu awak, sampai awak balik sini dengan selamat.. Insyallah... Ameen~

Monday, 3 February 2014

Aku Sedang Di Uji

Minggu ni, Asyik dengar orang kawen je.. Saya sedih sebenarnya.. Terasa saya adalah seorang yang gagal dalam hubungan. Bukan saya nak mengenang ape yang terjadi sebelum ni.. Kalau boleh saya pun tak nak dah ingat semua ni. Saya nak yang manis2 je dalam hidup saya. Kadang2 orang tak faham perasaan kita, mata saya ni asyik tengok pic orang kawen la, tunang la.. macam2.. sakit sangat hati. Tapi tu kan dah jodoh mereka. Asyik2 cakap pasal kawen. Pening saya. Actually saya jeles kot tengok saat2 bahagia orang. Orang tak akan tahu kisah hidup kita sebelum ni. So, anda semua boleh cakap macam2, tapi hakikatnya, tuhan yang tahu. Saya akui, semua ni ujian untuk saya... "TUHAN SEDANG MENGUJI AKU". 

Andai ada yang mengerti perasaan dan jiwa saya, saya nak jangan sakiti hati saya dan jangan membebani jiwa saya dengan semua ini.

Andai tidak mampu untuk menjaga saya 1 masa nanti, jangan berkata manis untuk menjadikan saya teman hidup.. Sakit wOoo, jangan bagi harapan. okey.. :)

Andai saya tidak berjodoh 1 masa nanti, saya cuma nak 1 je, saya nak hidup di sekeliling anak2 tahfiz dan anak2 yatim.. 


Maaf Andai ianya Tidak Bermanfaat

Salam alaikum.. hai korang... Mesti ade yang tertanya, kenapa saya sangat suka merapu dalam fb dan dalam blog.. Saya punya alasan tersendiri.. Sebenarnya, manat setiap insan ni lain2.. Ni pun kalau saya merapu, ade orang yang sudi nak baca blog saya.. okey, saya akui, tak elok cerita macam2 dalam fb @ blog. Rasanya saya tak ada share something yang boleh menjatuhkan aib saya. walhal, saya mampu berfikir bahawa saya suka2 untuk menulis. Kadang2 saya ni tidak sedar, bahawa apa yang saya post mengundang fitnah. Maklum la.. tengah single kan?? hehehe~ tQ so much, tegur saya.. ^_^V


1. Saya sangat suka share kisah hidup saya, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan, minta jauh.. Saya minta maaf kepada sesiapa yang rasa kurang berkenan dengan post2 saya. Saya sangat suka teguran membina.. Jangan jemu nak menegur saya. Ada sesetengah orang yang suka menulis untuk melepaskan duka di hati, ada yang suka marah2, ada yang suka, melukis bila dia tension, ada yang suka makan time sakit hati.. Macam2. Saya adalah salah seorang yang suka menulis bila saya banyak berfikir dan ada masalah. Maklumlah, nak buat buku tak mampu, so, menulis dalam blog pun sudah memadai. Ceeewahhh

2. Bila saya menulis, ada di antara hati2 yang merasai apa yang saya rasa dan apa yang saya post.. tak kira lah kat dalam blog atapun dalam facebook.. Mungkin ianya boleh jadi pengajaran dan motivasi kat sesiapa sahaja??

Tapi saya yakin, saya mempunyai peminat tersendiri... kriks2..  :P :P


Wednesday, 29 January 2014

Saya dah TRY, tapi saya tak mampu lagi.....

Assalamualaikum... hi korang.. (^___^)V
Entah kenapa tiba2 nak tulis entry setelah sekian lama mendiamkan diri. Walhal, saya free je nak tulis entry. Mood je tak datang. Sekarang ni banyak yang sebok nak buat majlis2 kawen. serabut jugak tengok, baca.. taknak baca pun terbaca, taknak tengok pun tertengok jugak. huhu, ujian betul.

Kalau cerita pasal kawen ni, dengan usia saya 27 tahun. Saya dah start fikir, bukan sebab gatal nak kawen, naluri saya seorang wanita nak ada di sisi lelaki yang bernama suami. Nak di hargai. Nak di sayangi. Tapi, semua tu kerja tuhan, saya merancang je.. Saya planning nak tunggu someone ni.. Tapi mungkin saya berjodoh untuk kenal dia je. Bukan untuk hidup bersama. Bukan semua orang yang boleh terima kita kan?? so, teruskan hidup, dan teruskan apa yang di cita2kan. Saya menunggu dengan hati yang terbuka.. Cuma, saya just boleh Ikhlas kenal dia, saya dah cuba nak jadi yang terbaik.. sebab saya nak jadi yang terbaik dalam hidup dia..

Semua gara2 kek birthday coklat. Tapi takpe, saya redho. sebab saya tau tu kekhilafan saya untuk jadi yang terbaik.. Macam2 saya buat untuk jadi yang terbaik.. Tapi ini perasaan saya, saya mengharap sesuatu yang belum pasti lagi. dan belum bersedia. Orang sekeliling tak akan faham. tapi apakan daya. Setakat ini je yang saya mampu nak teruskan. Saya stop.. bukan kerana saya giveup, tapi kerana saya mesti bahagiakan orang yang masih mencari kesempurnaan untuk bahagia.. Saya tak mampu nak jadi yang terbaik. hatta saya berusaha macam2 cara sekalipun. tQ so much awak.. Saya hargai segalanya..


Saturday, 25 January 2014

Entry 1st untuk Tahun 2014 (Terlambat)

Assalamualaikum... Hai korang2. Lamanya blog ni tak diupdate kan?? Ade je idea, tapi takde feeling nak update entry baru.. Dari awal tahun 2014. Ceh, sebulan je tinggal. Anyway, macam2 isu yang sibuk diperkatakan saat2 ini. Banjir, musim sejuk melanda di Malaysia 19 drj cel, Kanak2 2 tahun di bunuh, Orang malaysia yang kene tahan kat Sweeden sebab pukul tangan anak dia yang tak solat, cikgu denda pelajar macam lembu makan rumput.. Haaa yang paling rey la, Sultan Johor, plat kete W1N..  Macam2 la keadaan dunia sekarang, dengan yang manusia buat dan dengan yang Allah uji.  Walaubagaimanapun, kene lah ambil iktibar atas apa yang belaku di bumi Malaysia yang aman dan sentosa ni... hehehe~ :) 

Selamat Tahun Baru 2014 dan Salam Maulidurrasul.. :)