STUDY GROUP FRIEND'S

Monday 26 May 2014

HIMPUNAN RELAWAN @JOHOR

Assalamualaikum... Hai readers... Ape khabar?? Insyallah sihat na.. Pada hari sabtu 24.5.2014saya sudah menjadi sebahagian keluarga besar #GPTD..Himpunan relawan yang bertempat di Dewan masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru... Alhamdulillah.. Seronok, sebab nak tambah ilmu pengetahuan, dan dapat kawan baru.. walaupun baru bekenalan, Insyallah, berpanjangan ameen... Mula2 memey la tak tegur kan?? lama2 kenal, macam dah lama kenal... hihihihi~ Doakan kami Istiqamah kerana Allah.. Ameen


Kami dah dapat pasport.. lalalaa..~~ 

Bertemu kakak As-syahid Ahmad Ammar.. ^____^v
Dah lama tak bergambau dengan spek.. hehehe.. lain rasanya... Annoying kot.. -____^

Friday 16 May 2014

Kalau "PUTUS CINTA" jangan "PUTUS ASA"

Bagi adik2, anak muda belia, comel, cun, ensem, ganteng.. 
Kalau "PUTUS CINTA" jangan "PUTUS ASA". 
Putus asa sebab ape??? Putus asa dari rahmat Allah.. Berusaha mencari yang lebih baik okey.. Putus cinta je sayang2 ku,.. Bermakna itu bukan jodoh kita la yang dah Allah tetapkan dari Lauh Mahfudhz.. So, berusaha menjadi yang terbaik, dan berusaha untuk mencari yang terbaik..Bukan orang heran sangat pun kalau awak putus cinta ke, putus asa.. yang penting dorg tu, dorang bahagia. So, Jom jadi BAHAGIA macam orang lain.. ALLAH ada bersama kita.. 

alahai.. pic ni amekk dari dari #myartis.

Nak tunjuk, kite jangan nak frust sangat... frust dalam hati.. memang geram je mak ni.. tapi maklum la.. relax2 sudehh.. so, "JANGAN PUTUS ASA" okey.. "PUTUS CINTA " boleh.. hahaha

Insyallah , Kebahagiaan Bakal Menyusul

Sapa kata kebahagiaan takde??? Buta eh?? Ada la cik adik, cik abang, tuan2 dan puan2 sekalian..  Kadang2 perasaan kite ni je.. sebab kite nak sangat kebahagiaan, ni gara2 stalk fesbuk orang ler ni.. Nah amek "KEBAHAGIAAN".. so create sendiri kebahagaiaan yang yang macam korang nak. Buat la renda2 ke, buat frame ke... Haa.. kalau la boleh cenggitu kan? gituuuuu,, hehee~ Sebenarnya semua orang boleh mengecapi kebahagiaan. Berapa hari ni tangok fesbuk kawan2, ade nak ade baby, baby kembar la bagai...  alahai,... Happynye dengan family sendiri, kini aku masih sendiri menanti bulan tak jatuh ke riba.. ewaaahh.. jiwang siottt... So, ape plan?? Buat benda yang kita suka, kepuasan hidup tu penting, (Jangan buat benda tak berfaedah sudehhh...) Kite mencari dan berserah bahawa Allah itu adil, dia lewatkan jodoh kita, bukan dia tak sayang, tapi dia nak kita matang dalam hidup. Semua ni pengalaman Cik Iman.. Alhamdulillah, insyalah berjumpa pemuda yang hendak membimbing Cik Iman.. Ameen ya rabb...

Tuesday 6 May 2014

Habitat Burung Gagak

Ni status malam tadi buat Cik Iman gelak guling2 dengan adik cik iman... Sendiri tak terfikir dia akan bagi jawapan cenggini.. hahaha.. Sabar jek la Cdah.. Nasib ko comel.. Rasanya status paling awesome sepanjang cik Iman ade fesbuk ni.. heheheh~ for is better than too. Time tengah tention baca dan edit penulisan Haluan MARSAH.. 

Sunday 4 May 2014

CINTA RAHSIA MEMBAWA BAHAGIA

Cinta Ali dan Fatimah amat luar biasa indah, terjaga kerahsiaanya dalam sikap, ekspresi, dan kata, hingga akhirnya Allah menyatukan mereka dalam suatu pernikahan. Kerana cinta rahsianya, syaitan pun tidak tahu menahu soal cinta di antara mereka. Subhanallah...

Ali terpesona pada Fatimah sejak sekian lama, disebabkan oleh kesantunan, ibadah, cekal hati, dan paras indah puteri kesayangan Rasulullah SAW itu. Beliau pernah diuji dua kali, saat Abu Bakar dan Umar ibn Khattab melamar Fatimah sementara dirinya belum bersedia untuk melakukannya. Namun kesabarannya berbuah manis,lamaran kedua orang sahabat yang tak diragukan lagi kesolehannya tersebut ternyata ditolak Rasulullah Saw. Akhirnya Ali memberanikan diri. Dan ternyata lamarannya kepada Fatimah yang hanya bermodal baju besi diterima.


Di sisi lain, Fatimah ternyata telah memendam cintanya kepada Ali sejak lama. Dalam suatu riwayat dikisahkan bahawa suatu hari setelah kedua menikah, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda dan aku ingin menikah dengannya”. Ali pun bertanya mengapa ia tetap mahu menikah dengannya, dan apakah Fatimah menyesal menikah dengannya. Sambil tersenyum Fathimah menjawab, “Pemuda itu adalah dirimu”


Inilah cinta yang kita mahu hasil daripada kerinduan rahsia,membawa kepada sebuah perkahwinan yang bahagia. Jika engkau cinta seseorang, doakanlah dirinya disetiap sujudmu,sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar... 

Credit by : Majalah Cinta

Saturday 3 May 2014

PERCUTIAN TERMURAH

Assalamualaikum.. Hi readers.. Pagi ni Cik Iman nak share Travel yang termurah kat Malaysia ni.. Korang suka kan jalan2 melancong?? Kalau yang suka melancong jek boleh ikut.. hehehehe~~ Memandangkan Cik Iman suka sangat survey2 melancong ke mana2. Tapi Alhamdulillah.. Bukan nak promote. Tapi nak share, sebab penting jugak bagi Cik Iman ni... Kita kalau jalan, mesti nak yang termurah kan?? Macam korang jugak. Lagi murah, lagi best. Yang penting service tip top..  

Dengan membawa tagline Jom bercuti sambil beribadah


Friday 2 May 2014

TIP MEMBELI KERETA TERPAKAI

Ok, sejak akhir2 ni memang saya banyak survey kereta terpakai aka secondhand car... ewaahhh.. hahaha~ bukan ape, sekarang ni kereta bukan untuk suka2.. memang untuk keperluan.. SO, insyallah, di permudahkan.. Abah memang la.. tak akan bagi pakai kereta. Bawak pun tak bagi.. Hatta ada lesen sekalipun. Risau katanya. Tapi adik Cik Iman ape kesah???? lesen ade, kereta tetap boleh bawak macam biasa.. hehehehe~ lagi2 sekarang dia tengah praktikal kan.. So, memang memerlukan kereta. Kesian nengok adik balik naik bas, jauh nak sampai umah..

Sebelum membeli secondhand car ni, jom nengok tips2. Jangan kemaruk nak beli. tapi tak survey dulu.. Nanti menyesal tak ke sudah dik non..


kereta ni jangan nak berangan ade secondhand.. hehehe~~