STUDY GROUP FRIEND'S

Monday 20 October 2014

Famly angkat datang.. tQ

Assalamualaikum.. hai semua.. malam ni nak share semalam punya cerita. Maklumla.. buzy sangat2... thesis nak kene siapkan cepat... semalam pulak famly angkat Kampung Ayer Tawar, Merlimau, Melaka datang melawat kami.. alhamdulillah... Program berjalan lancar... Program gabungan adik2 student Diploma Pengurusan Sumber Manusia (DPSM) dan orang kampung.. awesome.. sukaneka sampai hari ni lenguh2 kaki berlari atas pasir... petang, program kami student Ijazah Sarjana Muda Psikologi (SMP) bawak melawat orang kampung dalam KUIM.. setengah daripada dorang ni bawak adik2 program dalam stadium.. Happy, alhamdulillah... Cuma penat sikit, sebab berlari kat pantai.. mandi tak pun, adik2 ni la seronok mandi manda.. hehe.. nanti saya share pic okey... babai... nite. wish me luck for final exam and viva thesis. okey.. thanks .. ummuahks...

Saturday 11 October 2014

Belive me...


Some people said they feel lonely and afraid to go through loneliness.

Believe me, I've been there.
Loneliness is good because loneliness teaches you to understand yourself better and appreciate little things that we never realised.

Loneliness will make you feel pure and want to be nearer to Allah.

Loneliness teaches you to be strong and independent.

Sometimes we don't realise that we think we are weak in life when we're alone.

No, we're stronger alone.
Eventually you'll stop complain because all this time you were too dependent.

Colours Of LIFE..

Assalamualaiku,.. Hi everyone.. Last year ni memang kami student Bachelor Of Psychology last sem, akan pulun semua benda,,.. Mana nak exam, mana nak thesis... Nak siapkan thesis, Nak hantar thesis kat penyelia.. Nak Viva lagi... Nak rest kepala hotak, nak tido banyak2.. nak rehat 24 jam.. ahaksss... Nanti dah praktikal... Memang takde dah nak tido memanjang macam time study ni... Doakan okey saya sucsess selalu.. 

Kepada yang suka stalk saya, tak kisah la kat fesbuk ke, twitter ke, instagram, wassup, wechat.. dan sebagainya..  tQ so much. kerana awak la saya suka nak amek tau hal orang, bukak mata sikit hal orang. hehe...  tQ okey sebab kenal saya, nak tau saya macam mana. Cuma saya minta Doakan kebahaagiaan saya.. kejayaan saya ye.. dah la.. jangan amek tau hal orang lagi na... Saya pun buzy dengan semua benda, awak mesti buzy dengan anak, cerita gosip dari kawan baik.. atc.... 

So, jeng, jeng, jeng... Inilah hidup saya.. My life is filled with colorful rainbow ... Family, kawan2, sahabat handai... And the most important, Abg Ikhsan always with me, time susah dan senang saya.. Dan kamu yang sentiasa stalk saya.. (please jangan jadi batu api ye... :) ) 

Harga Blog... Blog ni ada harga ke????

Hai... Assalamualaikum... haaa... korang tau tak.... Blog ni ada harga tau tak... Ada sesetengah blogger cari duit hanya dengan stabilkan trafik blog sahaja... Tapi kite tak pun ,.. suka2 je buat blog.. hehehe.... Teringat pulak time sem 2 study komputer dengan sir... Sir bagitau blog kita ada harga... terkezutzzz jugak... (batak sikit... hahaha... ) Korang pernah terfikir tak blog korang ni berapa harganya.. Menurut Sir yang saya study ni... dia cakap, blog ni kalau bahasa inggeris, mahal... tapi tak tau la kan... bila search balik... ada faktor2 yang menyebabkan blog kita ni berharga dari emas dan permata.... ceeewwaaaahhh... Klik je Pic tuuu...

http://sitevaluecheck.com/

Kite dah cek harga blog kite... Murah nak mampos.. Malas nak layan.. hahaha...

Buat Header Simple, Senang sangatt....

Assalamualaikum.. Hai korang.. haaa... nampak tak?? nampak tak?? comey tak?? comey tak kak ton??? blog saya dah kaler hijau... header pun dah tukar lain,.. bosan kan mengadap thesis.. Isnin ni ade paper kognitif... So, mengedit la blog yaang sedia ada ni...

TAADAAAAAAAA~~~~ Header baru kite....  buat simple2 je.. takde keje kan..


Anyway, ade yang tanya, macam mana nak buat header simple dan gojessss ni????!!! Yelaa nak oder kat orang tak berbaloi jugak kan.. so, buat ler sendiri.. kita punya blog,, so, usaha la buat sendiri ye dak?????   sebenarnya tak pandai nak ajar.. Nak crop pic macam orang lain tu pun tak pandai..  Tapi saya ajar step by step ye buat header simple ni... Makesure korang kene fikir jugak la untuk kereatifkan header korang ni..  

1st step :
Korang copy pic original tu, then letak kat file lain... sebab nanti korang takkan dapat pic yang ori tu balik..  kalaau dah crop, habis la takde dah pic tu lagi.. so, korang akan pakai picture yang di copy tu.. 

2nd step :
Okey.. yang ni mesti korang ade.. korang tak payah nak download photoscape la.. photo edit la.. tah ape2 tu.. tak payah... korang guna kebijaksanaan korang sendiri... hehehe... kalau korang klik pic korang, mesti ade tulis window photo viewer...  nampak tak? yang kite tanda tu la hint nak tahu itu window photo viewer.. ala.. korag klik je pic korang tu.. kuar la bendalah ni.. hehe... 

3rd step :
Kat dalam window photo viewer tu ada ---> Open (klik) ---> Microsoft office 2010 (klik) ---> Edit Picture (klik) ---> crop (ikut suka korang... yang sesuaai untuk buat header okey)


Dah siap buat untuk header tu... Korang boleh resize .. kan kotak sebelah tu ade edit.. bawah dia ade resize.. klik resize tu...  nampak tak size setting summary tu... then amek size tu.. masuk dalam kotak custome width x height ---> save


Next step :
Okey dah sattle semua tu... korang boleh la nak tulis2 dalam header korang tu.... macam kite tulis... tapi korang just pakai Paint je.. Korang buat macam 3rd step tadi... Window Photo Viewer ---> Open (klik) ---> Paint (klik) ---> dah siap Save

Korang akan dapat nampak tempat edit2 tulisan,, warna bagai.. macam kat bawah ni... haaa.. so, korang ikut la kreativiti korang okey... 


Selamat mencuba...... 

Friday 10 October 2014

Again..

Assalamualaikum.

Just a reminder to others.
Do what you great at with passion. Keep on moving forward, never look back. It's better to go through the UNKNOWN in future rather to look back at your mistakes in past and STUCK in the HISTORY.

The UNKNOWN might be scary, but it's better than to stuck in the PAST which restraint you from moving.

Be brave, rather than weep in fear.

Doakan kejayaan saya last year ni ye... Terima Kasih...

Thursday 9 October 2014

Heloo everybody...

Bismillahirrahmanirrahim... yeeey... lamanya tak ber blog yerrr... rindu bangattt... anyway, terima kasih cinta abadi, sebab sudi lagi visit my blog.. alahai.. banyak nak cerita,, tapi maklum la.. sekarang ni saya tengah buzy.. Last year katakan,.. Insyallah.. doakan ye korang.. Mudah2 Viva thesis, exam berjalan sedia kala, lancar meletop bOom kebabow..  Doakan eh korang... terima kasih... aha.. sebelum lupa, saya ade adik baru ... nak nengok tak??

Ini adala satu2nya program last kami sepanjang menuntut di KUIM.. sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi Bachelor Dgree Of Psychology... Nanti mesti rindu saat ni.. Semoga ukhuwwah kami bersama keluarga angkat (ayah Syazali dan Mama ) ini tidak pernah putus serta orang kampung Air Tawar, Merlimau, Melaka .. Insyallah.. Aameen...

kak nasuha, adik hanis, kak atun...






Saturday 12 July 2014

Anak, Kisah Perjuangan saudaraku Dan Palestin

Suatu masa nanti,
jika aku di kurnaiakan anak,
akan aku sulami mereka
dengan kisah2 perjuangan Nabi Muhammad dan Para sahabat ...
Kisah perjuangan saudara kita di Palestin.
Mereka di kecam,
 mereka di serang bertubi2...
Tapi janji Allah pasti.
Akan ku ceritakan bala tentera Allah
yang datang membantu saudara di Palestin..

Kerana,
Palestin milik mereka,
saudara kita.
Mereka telah memperjuangkan darah mereka demi tanah air,
demi agama yang tercinta..
Akan ku ceritakan rentetan perjuangan ,
kesedihan,
kehilangan,
kemusnahan,
kezaliman Yahudi laknatullah kepada Palestin

Agar,
aku juga melahirkan seorang perjuang seperti mereka..
Matinya mereka di dunia,
akan tetapi mereka hidup
di sisi ALLAH dan bidadari syurga..
tapat pada janji allah,
JANJI ALLAH ITU PASTI,
GAZA, doa kami tidak putus,

Malah,
Masih banyak tangan yang mahu menghulur dan membantu..
Kami tidak berdaya seperti GAZA,
Namun,
Kehendak ALLAH,
Ini bahagian saham akhirat kami,
untuk saudara ku di gaza,
allah janjikan hadiah yang tidak ternialai bukan harga wang ringgit.
PERJUangan kita sama,
tapi, kamu lebih mulia di sisi ALLAH,


Hasil karya ;
Iman Nasuha
Kuala sg Baru, Melaka
KUIM

credit by :

TENTERA ALLAH SEDIA MEMBANTU PALESTIN DAN SAUDARA KITA DI SANA

SubhanAllah...
Terdapat 6 peristiwa keajaiban yang belaku sewaktu perperangan tersebut berlaku, jom kita ketahuinya:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui..... Allahuakhbar!!!!!

sumber : Daeng Amir


Pray For Gaza

“Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), karena ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka.”

Coretan Dari Hati Yang kecil, : PALESTIN KAMU MESTI BANGKIT

Walaupun kami tak dapat perjuangkan kamu wahai PALESTIN dan SAUDARA ku di palestin...
Tidak mampu berperang seperti kamu wahai saudaraku,
Memegang senjata,
tidak tidur siang dan malam,
Berjuang di bulan mulia iaitu Ramadhan
Kami hanya titipkan doa dan harapan yang sangat besar untuk kamu perjuangkan PALESTIN bumi Anbia',
Namun,
Sedikit bantuan untuk ringankan beban hanya kami mampu hulurkan,
Walaupun tidak besar,
Tapi ianya sangat bermakna bagi kami,
Palestin lebih memerlukan.,
Aku, mereka, dan semestinya kamu...
Yakin, tentera ALLAH ada di mana2..
Lihat? Tentera ALLAH sedang membantu mu wahai saudara ku...
Ia tak terlihat dek mata kasar kami,
Tapi kami lihat dengan mata hati,
Ya, tentera ALLAH sedang bersedia dan menjagamu...


Coretan dari hati yang kecil, berjiwa besar..
Iman Nasuha,
Kuala Sg Baru, Melaka..
KUIM






Monday 30 June 2014

Happy Ramadhan

Hai, Salam Ramadhan.. Okey, Hari ni dah masuk 2nd day kite seluruh ummat Islam berpuasa. Alhmadulillah, sempurna hendaknya., Agak happy berpuasa bersama orang tersayang, family ke, husband ke, future husband ke., Maklumlah, minggu depan baru saya dan adik balik Johor, berpuasa dan berbuka bersama family, Dan dengan ahli relawan Diskusi Goup (DG) Insyallah..  Sebab, minggu lepas baru balik dari Perak, Program di Nur Lembah Lenggong. Kem Sakti IV anjuran GPTD.. So, minggu ni korbankan time cuti dan duduk kat Melaka je dengan adik tercinta Cik Iman ,, ewaaahhhh~ Maklum lah, esok ade exam.. Doakan ye.. Insyallah berjaya.. :) Aameen.... TQ ruby ajar akak, statistik... :)


Saturday 28 June 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

There's a battle going inside you, and for 30 days Allah gives you the power to win..
Ramadan the month of closeness..
May Allah accept our prayers and grant us forgiveness in this holy month. Ramadan Kareem to you and your family :)) 
Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih barakah. Salam Ramadhan~~


Wednesday 11 June 2014

Orang yang MENGHINA, lebih teruk dari orang yang DIHINA.

Korang pernah kene hina?? Biasa lah kan kene hina.. Kalau tak kene hina, bukan cabaran kan? Entry ni bukan nak menghina. Cuma aku sedih sebab kene hina aje.. Tiap kali nak berbaik dengan orang je,. orang mesti menghina kita... Allah je tau.. Kadang2 nak meluah, orang tak nak dengar.. makin di hina dengan perkataan paling hina ade lah... Macam tu lah situasinye.. Saya pernah menghina orang. tapi bukan berkaitan MARUAH DIRI.. Sebab saya sangat jaga maruah diri orang, Tapi kalau di hina, maki hamun saya dapat, Awak rasa awak boleh ke terima?? Mesti terfikir, kenapa aku di hina?? kan?? Cuma 1 soalan je saya nak tanya aorang yang menghina tu.. "KAMU NI CUKUP SEMPURNA KE DISISI ALLAH? SEDANGKAN ORANG YANG KAMU HINA BELUM TENTU NIAT DIA TIDAK BAIK" Sebab tu latih diri kita untuk menerima dan redha ape yang berlaku dan yakin orang tu mesti nak jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik dari dia... serta saling mendoakan kebaikan kita. Ameen~


Terima Aku Tanpa Syarat

Assalamualaikum... Okey,, hari ni sy nak cerita tentang konsep "Menerima Tanpa Syarat"... Korang faham tak makna menerima tanpa syarat..??? Menerima tanpa syarat ni macam sentiasa menerima seadanya,. menerima seseorang itu, tanpa mengira latar belakang yang terdahulu... Kalau orang tu teruk,. awak kene ingat, tuhan hantar dia untuk awak didik.. bukan di hina.. Hinanya orang yang awak hina kesah silamnya tu, menyebabkan seseorang tu hilang keyakinan diri... steress,, sentiasa berfikir (adakah dia ni layak di terima mereka yang di kalangan baik seperti kamu?) Awak kene ingat... orang yang ikhlas dengan kamu adalah orang yang pernah berbuat salah, akan tetapi ikhlas berubah kerana Allah..

Coretan Dari Hati Turun Ke Hati


Monday 26 May 2014

HIMPUNAN RELAWAN @JOHOR

Assalamualaikum... Hai readers... Ape khabar?? Insyallah sihat na.. Pada hari sabtu 24.5.2014saya sudah menjadi sebahagian keluarga besar #GPTD..Himpunan relawan yang bertempat di Dewan masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru... Alhamdulillah.. Seronok, sebab nak tambah ilmu pengetahuan, dan dapat kawan baru.. walaupun baru bekenalan, Insyallah, berpanjangan ameen... Mula2 memey la tak tegur kan?? lama2 kenal, macam dah lama kenal... hihihihi~ Doakan kami Istiqamah kerana Allah.. Ameen


Kami dah dapat pasport.. lalalaa..~~ 

Bertemu kakak As-syahid Ahmad Ammar.. ^____^v
Dah lama tak bergambau dengan spek.. hehehe.. lain rasanya... Annoying kot.. -____^

Friday 16 May 2014

Kalau "PUTUS CINTA" jangan "PUTUS ASA"

Bagi adik2, anak muda belia, comel, cun, ensem, ganteng.. 
Kalau "PUTUS CINTA" jangan "PUTUS ASA". 
Putus asa sebab ape??? Putus asa dari rahmat Allah.. Berusaha mencari yang lebih baik okey.. Putus cinta je sayang2 ku,.. Bermakna itu bukan jodoh kita la yang dah Allah tetapkan dari Lauh Mahfudhz.. So, berusaha menjadi yang terbaik, dan berusaha untuk mencari yang terbaik..Bukan orang heran sangat pun kalau awak putus cinta ke, putus asa.. yang penting dorg tu, dorang bahagia. So, Jom jadi BAHAGIA macam orang lain.. ALLAH ada bersama kita.. 

alahai.. pic ni amekk dari dari #myartis.

Nak tunjuk, kite jangan nak frust sangat... frust dalam hati.. memang geram je mak ni.. tapi maklum la.. relax2 sudehh.. so, "JANGAN PUTUS ASA" okey.. "PUTUS CINTA " boleh.. hahaha

Insyallah , Kebahagiaan Bakal Menyusul

Sapa kata kebahagiaan takde??? Buta eh?? Ada la cik adik, cik abang, tuan2 dan puan2 sekalian..  Kadang2 perasaan kite ni je.. sebab kite nak sangat kebahagiaan, ni gara2 stalk fesbuk orang ler ni.. Nah amek "KEBAHAGIAAN".. so create sendiri kebahagaiaan yang yang macam korang nak. Buat la renda2 ke, buat frame ke... Haa.. kalau la boleh cenggitu kan? gituuuuu,, hehee~ Sebenarnya semua orang boleh mengecapi kebahagiaan. Berapa hari ni tangok fesbuk kawan2, ade nak ade baby, baby kembar la bagai...  alahai,... Happynye dengan family sendiri, kini aku masih sendiri menanti bulan tak jatuh ke riba.. ewaaahh.. jiwang siottt... So, ape plan?? Buat benda yang kita suka, kepuasan hidup tu penting, (Jangan buat benda tak berfaedah sudehhh...) Kite mencari dan berserah bahawa Allah itu adil, dia lewatkan jodoh kita, bukan dia tak sayang, tapi dia nak kita matang dalam hidup. Semua ni pengalaman Cik Iman.. Alhamdulillah, insyalah berjumpa pemuda yang hendak membimbing Cik Iman.. Ameen ya rabb...

Tuesday 6 May 2014

Habitat Burung Gagak

Ni status malam tadi buat Cik Iman gelak guling2 dengan adik cik iman... Sendiri tak terfikir dia akan bagi jawapan cenggini.. hahaha.. Sabar jek la Cdah.. Nasib ko comel.. Rasanya status paling awesome sepanjang cik Iman ade fesbuk ni.. heheheh~ for is better than too. Time tengah tention baca dan edit penulisan Haluan MARSAH.. 

Sunday 4 May 2014

CINTA RAHSIA MEMBAWA BAHAGIA

Cinta Ali dan Fatimah amat luar biasa indah, terjaga kerahsiaanya dalam sikap, ekspresi, dan kata, hingga akhirnya Allah menyatukan mereka dalam suatu pernikahan. Kerana cinta rahsianya, syaitan pun tidak tahu menahu soal cinta di antara mereka. Subhanallah...

Ali terpesona pada Fatimah sejak sekian lama, disebabkan oleh kesantunan, ibadah, cekal hati, dan paras indah puteri kesayangan Rasulullah SAW itu. Beliau pernah diuji dua kali, saat Abu Bakar dan Umar ibn Khattab melamar Fatimah sementara dirinya belum bersedia untuk melakukannya. Namun kesabarannya berbuah manis,lamaran kedua orang sahabat yang tak diragukan lagi kesolehannya tersebut ternyata ditolak Rasulullah Saw. Akhirnya Ali memberanikan diri. Dan ternyata lamarannya kepada Fatimah yang hanya bermodal baju besi diterima.


Di sisi lain, Fatimah ternyata telah memendam cintanya kepada Ali sejak lama. Dalam suatu riwayat dikisahkan bahawa suatu hari setelah kedua menikah, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda dan aku ingin menikah dengannya”. Ali pun bertanya mengapa ia tetap mahu menikah dengannya, dan apakah Fatimah menyesal menikah dengannya. Sambil tersenyum Fathimah menjawab, “Pemuda itu adalah dirimu”


Inilah cinta yang kita mahu hasil daripada kerinduan rahsia,membawa kepada sebuah perkahwinan yang bahagia. Jika engkau cinta seseorang, doakanlah dirinya disetiap sujudmu,sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar... 

Credit by : Majalah Cinta

Saturday 3 May 2014

PERCUTIAN TERMURAH

Assalamualaikum.. Hi readers.. Pagi ni Cik Iman nak share Travel yang termurah kat Malaysia ni.. Korang suka kan jalan2 melancong?? Kalau yang suka melancong jek boleh ikut.. hehehehe~~ Memandangkan Cik Iman suka sangat survey2 melancong ke mana2. Tapi Alhamdulillah.. Bukan nak promote. Tapi nak share, sebab penting jugak bagi Cik Iman ni... Kita kalau jalan, mesti nak yang termurah kan?? Macam korang jugak. Lagi murah, lagi best. Yang penting service tip top..  

Dengan membawa tagline Jom bercuti sambil beribadah


Friday 2 May 2014

TIP MEMBELI KERETA TERPAKAI

Ok, sejak akhir2 ni memang saya banyak survey kereta terpakai aka secondhand car... ewaahhh.. hahaha~ bukan ape, sekarang ni kereta bukan untuk suka2.. memang untuk keperluan.. SO, insyallah, di permudahkan.. Abah memang la.. tak akan bagi pakai kereta. Bawak pun tak bagi.. Hatta ada lesen sekalipun. Risau katanya. Tapi adik Cik Iman ape kesah???? lesen ade, kereta tetap boleh bawak macam biasa.. hehehehe~ lagi2 sekarang dia tengah praktikal kan.. So, memang memerlukan kereta. Kesian nengok adik balik naik bas, jauh nak sampai umah..

Sebelum membeli secondhand car ni, jom nengok tips2. Jangan kemaruk nak beli. tapi tak survey dulu.. Nanti menyesal tak ke sudah dik non..


kereta ni jangan nak berangan ade secondhand.. hehehe~~

Friday 25 April 2014

Happy Birthday to Ummi

Hari ni besday ummi... hehe.. Ummi kami la... Love u so much ummi. Syg ummi sampai bila2. Semoga allah merahmati ummi dan abah, di beri kesihatan yang baik buat ummi dan abah. Boleh memperbanyakkan amalan ibadah... Terima kasih melahirkan kami. menyusukan kami. Membesarkan kami, melayan kerenah kami yang nakal.. Sanggup layan apa yang saya cakap...  Cik Iman ni suka cakap.. hehehe~~ Yang penting bagi duit pada kami time kami takdek duit. 

Ummi, abah,  maafkan segala keterlanjuran kami ye sebagai anak2..



tQ buat Kak Zura kek comel ni buat ummi Cik Iman.. hehe~ Happy sangat dapat kek comel ni..  kalau nak tempah kek comel, kek kawen, kek tunang, kek besday, segala bagai kek, boleh add fb ---- >Chenta Bakery. Macam2 kek dalam tu boleh pilih... So, jom oder di

Wednesday 23 April 2014

Sebab apa saya tak suka tulis panjang lebar dalam blog???

---> Sebab bukan semua orang suka nak baca blog pun..  So, kepada sesiapa yang nak buat blog, plan dulu, apa yang korang nak buat.. Sesuaikan dengan konsep blog korang tu... kalau tak, boring sangat.

Ini tips2 Cik Iman sendiri dengaan muka selamber menulis macam tersangat fames di kalangan korang dan seangkatan denganya..

1. Tak payah sangat nak buat page like facebook time nak masuk blog.. serius batak sangat dengan like... orang bukan nak like sangat page tu.. Buat sakit hati. Last2, malas nak nengok blog tu..

2. Tak payah panjang2 tulis dalam blog.. Simple je sudah. Tak payah nak karangan sangat.  (Sebab kite pun tak suka baca benda meleret2 ni.. hehhee.. )

3. Kalau buat entry tu, letak la gambar, bagi menarik tertarik kau memang de BOoM.. Dorang just suka nengok gambar.. Baca pun sikit jek.

4. Paling penting, tulisan... Haaa.. tulisan tu jangan la comel macam kuman sangat.. cer buat besar sikit... Lagi 1, tak payah nak herot sngat tulisan sampai orang dengan korang sendiri tak boleh nak baca.. hehehe~~

Okey, blog Cik Iman pun bukan fames sangat sampai ade stalker nak nengok blog ni..Heheheh~ Maklum la. Bukan artis sangat nak fames dalam dunia blogging ni.. Tapi, serius, ade la jugak peminat Blog Cik Iman ni.. kui2.. perasan lah sangat ...

Bosan sampai tertonggeng... 

Biasa sangat berlaku

Kalau bercinta, korang selalu tak macam ni???? Ala, normal la tu kan?? Baru bercinta.. Belum lagi berkawin.. So, banyak bersabar na.. Kalau dah Allah tentukan JODOH kita, Insyallah.. Dah2, takmo frust2 ye korang.. Stedy la sikit.. Macam Cik Iman ni.. hihihi~~


Lepas tu gadoh, Masing2 tunggu text kawan tu.. 
V
V
V

Haha~ yang ini biasa sangat berlaku.. Baru je jumpa, dah cakap rindu.. Atcually , dah takde idea sebenarnye, tu dia cakap rindu... bagi ade2 je nak cakap.. hehehe~ itu bagi pasangan yang banyak cakap la.. kalau yang tak banyak cakap, tu tak tahu la saya,.. mungkin takde respond kot.. Tapi, semuanya betul, sebab rindu kan fitrah manusia..


Tapi, lelaki selalu tak faham.. Sepatutnya dia kena sabar dengan wanita... Sebab wanita ni akan cakap ape yang dia rasa nak cakap.. Main lepas je, sesedap rasa dia nak cakap... Lelaki yang kene diam.. sebab tu tuhan bagi amanah paing besar kat lelaki. membimbing, nak lafaz talak pun dia bagi lelaki.. sebab lelaki ni sangat penyabar.. kalau wanita la... Rasanya ramai lelaki "menjanda".. haha..

Pic ni di credit dari video Encik Mimpi. Sekian..

Try The New Twitter Profile


v
v
v
v


Taknak la.. Dah macam account Facebook je... Jeng2, nak tukar balik yang "Old twitter Profile" Tak payah nengok sangat following, folowers dengan TWEETS kite... hohohohoho~~
v
v
v
v


Tahniah Teater Muzikal Islami

Alhamdulillah, Salah 1 program tergempak Kami student Tahun akhir Ijazah Saarjana Muda Psikologi.. Tahniah korang.. Semoga menjadi kenangan sampai bila2.. Insyallah~
"Kenangan itu Pengalaman"


Tuesday 22 April 2014

Al- Fatihah Ustaz Ismail Noh

Al- Fatihah buat ayahnda kami Ustaz Ismail Bin Noh (Pak Muda Aji), pendidik kami, pendakwah ummat islam, Pemimpin islam.. Pencinta Al-quran, Pencinta Agama, Pencinta Ilmu.. Jasa mu akan ku kenang sampai bila2.. Insyallah~~ Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.. 
1 april 2014, selasa


Joyah Vegas Di Las Vegas

Bagi mereka yang hendak dan akan bercuti di Las Vegas, America.. Mahu mencari bajet tempat tinggal yang murah dan yang tidak suka duduk hotel. Boleh la menghubungi --->  Joyah Vegas (JV). Insyallah beliau akan membantu...

Beliau di Berita Harian -----> Joyah Vegas Lakar Nama di Las Vegas


Tuesday 25 March 2014

Dalamnya Lautan Hindi

Bayangkan, betapa dalamnya Lautan Hindi.. Tak terfikir dek otak manusia yang macam saya ni. Fikirkan dan jangan menambah spekulasi belit2.. Pelik jugak dengan komen2 dalam facebook.. Nak mempertikaikan kuasa Allah yang memang ternyata terjadi. Bayangkan dengan kapasiti minyak Kapal tersebut dan makanan dalam tu, dengan terhempasnya di lautan dalam, lautaan yang sengat kuat bergelora. Oxigen tak mencukupi. Rasanya boleh tak nak hidup selama 2 minggu lebih???? Kalau hidup, Alhamdulillah, masih diberi peluang ke-2 oleh Allah untuk mentaati perintahnya. Bersangka baik tu kan lebih baik.... 

Kami mengharap keajaiban berlaku.. #MH370

Ini yang dinamakan "Pusara di lautan.. "

copy by : Hafizzy aziz  aka Apit

TAKZIAH #MH370

Takziah buat keluarga KRU #MH370 dan Penumpang MAS #MH370

Monday 24 March 2014

Berakhir #MH370

Akhirnya, setelah berberapa minggu (17 hari) pencarian MAS #MH370.. Ianya berakhir dengan tragis.. Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ngeri #MH370. #MH370 akhirnya ditemui terhempas di Lautan Hindi.. Innalillahiwaainnaaailaihiroooji'un



Bayangkan, lautan hindi adalah lautan luas yang bergelora. dan ianya sedalam 8 kaki 10 kali ganda KLCC??? boleh byangkan tak.. sebab tu satelit pun tak dapat kesan... Kuasa Allah.. Berbalik dengan tuhan yang menghidupkan dan mematikan... Hebat mana kita, KUasa ALlah tak dapat di atasi oleh ape yang kita cipta. Jadi, tamatlah spekulasi kita semua mengenai #MH370.. Dengan Bomoh sesat, hiject, terhempas, Paling best, di sorok jin. Wallahu a'lam~~

Tolong bawa keluarga kita ke syurga

Wahai Imam ku..... 
Aku memohon, tolong bawa keluarga kite ke SYURGA...

credit by : pakcik Google


"Isteri bisik di telinga suami, tolong bawa keluarga kita ke syurga"

"Suami pula bisik ke telinga isteri, tolong abang untuk sama-sama bawa keluarga kita ke syurga Allah".

Salah satu untuk mencapai keluarga mawaddah ialah jelas tujuan hidup iaitu untuk selamat hingga akhirat. 


- Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Saturday 22 March 2014

Bila Rindu, Doalah Dengan Doa Nabi Yusuf


" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .........(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn 

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

ABG MINTAK SY EDIT PIC KITA SEBAB SY TAKDE GAMBAR DGN ABG..