STUDY GROUP FRIEND'S

Thursday 28 November 2013

Hati2, Jangan taksub..

Wait.. wait.. ha.. ni ada something. Baru saya terperasan dalam fecebook. Post tersebut berbunyi. (maaf tuan post saya just ambil sebahagian dari post tersebut)

Betullah kita mengagumi arwah Ahmad Ammar.

Tapi janganlah over sangat.

Sampai ada yang kata jadikan dia idola no.1. Satu2nya idola. Allahurabbi.

Okey, 1st saya dapat simpulkan, tak salah kalau kita mengagumi seseorang, tetapi jangan sampai terlalu taksub. Sampai 1 tahap jadikan arwah Ahmad Ammar sebagai idola. Bukan tidak boleh kalau hendak mengagumi beliau (Ammar) Tapi perlu ke sampai jadi idola?? Saya sendiri tidak pernah meletakkan seseorang yang hebat sebagai idola. Kecuali Rasullullah s.a.w. Sebab saya lebih menghargai diri saya sendiri. Bukan saya tidak ada idola, Kawan2, jangan suka seseorang tu sampai jadi taksub, BAHAYA. Bahaya untuk agama, lebih2 lagi bahaya bagi kita sebagai orang islam. Kita mungkin tak rasa ianya taksub, tapi hakikatnya itulah yang akan terjadi. Walaubagaimanapun, sama2 kita bersangka baik, bersangka baik itu penting. Mungkin saya rasa ada di antara kita yang menjadikan Ahmad Ammar itu idola, dan mungkin dia (Ahmad Ammar) sebagai idola yang menjadi "pencetus ummah".Boleh di tafsirkan begitu. Itu lebih baik. Saya tidak akan pernah kata tidak untuk itu. Mungkin penafsiran kita terhadap sesuatu ayat tersebut menyebabkan kita rasa ianya sudah keterlaluan. Sama2 muhasabah diri, Maaf kalau ada kekurangan dalam berbicara.

wallahua'lam...

Buah Sawit Kawin.

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum.. Hai semua.. Yang baru on blog ni, yang 1st time jalan2 baca dalam blog ni.. Yang dah lama, tapi saje je nak tangok2 je dalam blog saya, Yang suka nak membaca khususnya.. tq so much, lain kali datang lagi. lalalaa~ okey, malam ni saya nak share 1 benda, tadi petang Cik Iman pergi " Karnival Pertanian" di Kluang, Johor. Maybe tempat tu area Ayer Hitam, tempat fames barang kawin dengan pasu2 (kalau korang yang nak kawin, boleh la datang Ayer Hitam.. Saje suggest.. hihihi.. ) tapi bukan tu saya nak cerita. saja hendak berseloroh.  

Tahu tak, buah sawit boleh di kawinkan mendapat buah sawit yang lebih georgeous.. Contohnya ; Macam doktor + engenier = (dapat anak yang tip top) menurut apa yang diterangkan tadi. Cuma terfikir, Ooo,, ada lagi buah sawit yang berkualiti dan dapat menghasilkan minyak dengan lebih banyak dalam 1 tandan buah sawit. Contohnya buah sawit A (minyak 5%) + Buah sawit B(minyak 5%) = Buah sawit AB (minyak 20%) Dan selain itu juga, dapat isi dia yang tengah2 tu, boleh buat santan kelapa sawit? kelebihan santan kelapa sawit ni, tak perlu letak dalam sejuk beku dan tak basi, kalau ada orang cakap,"eh, rasa kelapa sawit la.. " Jawab je macam ni, "eh, yang ko makan tu kan santan kelapa sawit, memang la ada rasa kelapa sawt.. ayyyoooo..." 

Wednesday 27 November 2013

Naluri vs Ciptaan Allah

Assalamulakum. Selamat tengahari..

Korang percaya tak kita berubah sebab " naluri "?? Maksud saya, naluri seseorang tu yang menyebabkan seseorang tu berubah? Entah la.. Bagi saya orang yang cakap macam tu yang sebenarnya ego dengan Allah. Sebab menolak apa yang tuhan bagi. Tak percaya? Nak bagi contoh takut ada yang terasa. Semakin banyak saya belajar, semakin luas ape yang saya pandang dan fikir. Sebab pembelajaran ni dari ape yang kita belajar dan apa yang kita lihat. Percaya tak psikologi sangat banyak kaitan dengan Agama islam yang kita belajar? Saya yang mengamalkan kehidupan sebagai student psikologi membantah sama sekali psikologi tidak ada kaitan dengan islam. Dan jangan cakap, kajian psikologi sahaja ada menyatakan begini dan begini.. Jangan ikut sesuatu kajian membabi buta, kaji dan dalami apa yang orang kaji. Okey, mesti korang semua tak faham kan apa yang saya hendak sampaikan? Ringkas je, naluri yang Allah bagi adalah suatu anugerah, tapi kita tak boleh merubah apa yang sudah Allah kurniakan. Bukan dengan alasan memang suka dan memanag nak jadi macam ini. Jangan guna ayat yang menunjukkan kebodohan diri kita dengan orang lain. Sebab Allah itu adil, kenapa dia bagi naluri kita "songsang"? sebab, Allah nak uji kita sebagai hambanya ni kuat atau tidak untuk menerima. So simple. "Kalau kita nak manusia terima kita seadanya, kita kene ikut perintah Allah, jangan nak ego sangat dengan Allah."

HUKUM : Tak nak cakap banyak Klik Sini

p/s : Jangan rasa setiap teguran orang tu kita pandang remeh, sedangkan teguran itu adalah dari ALLAH, jangan ego, jangan sombong dengan pencipta kita yang maha besar, maha kuasa..

google


WAWASAN AKHIRAT UNTUK AMMAR:

Aku begitu kagum dengan perjuangan mempertahankan aqidah Islam oleh Imam Badiuzzaman Said Nursi ketika Turki dipaksa menganut faham Sekularisme melampau sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Tulisan Arab Uthmani (Osmanlica) ditukar ke tulisan rumi bagi memutuskan sebarang kaitan Turki moden dengan sejarah keagungan Khilafah Uthmaniyyah. Agama Islam dianggap sebagai musuh agenda pembangunan Turki.

Tika itu Imam Badiuzzaman Said Nursi berjuang mempertahankan aqidah umat dengan menulis Risalah an Nur sebuah kitab tafsir Al-Quran bersifat maudhu'i dan tauhidik bagi memberi perangsang kepada umat Turki untuk terus tetap mempertahankan Islam hatta sanggup berkorban nyawa sekalipun.

Memang banyak Jamaah yang memperjuangkan pemikiran Imam Badiuzzaman Said Nursi melalui Risalah an Nur, tetapi aku memilih Jamaah Hayrat untuk Ahmad Ammar kerana setelah ku selidiki jalur perjuangan dan kepemimpinannya jelas dari amanah dan wasiat Imam Badiuzzaman Said Nursi. Hoca (baca Hoja) Said Nuri yang memimpin sekarang menyambung amanah dari Hoca Ahmet Husrev Effendi yang terdahulu menerima amanah dari Imam Badiuzzaman Said Nursi.

Aku masukkan Ammar mengikuti Madrasah Jamaah Hayrat di Malaysia sebaik saja tamat peperiksaan SPM untuk mengikuti pengajian Risalah an Nur dan belajar Bahasa Turki. Jamaah Hayrat menekankan soal tauhid, akhlak dan khidmat untuk Islam. Tingkat yang paling tinggi di kalangan ahlinya ialah mewaqafkan diri seluruhnya untuk Islam.

Juga Jamaah Hayrat mementingkan untuk mempelajari tulisan Arab Uthmani agar setiap pelajarnya dapat menggali semula khazanah Uthmaniyyah yang tidak mampu lagi dibaca oleh Generasi muda Turki.

Inilah wawasan akhirat ku untuk Ammar. Beliau telah melaluinya dengan amat cemerlang sekali sehingga dipanggil segera oleh ALlah ta'ala ke pangkuanNYA kerana kesungguhannya mendekati ALlah ta'ala.

Bersambung.....

Surabaya, Jawa Timur 26/11/2013.
-Ahmad Azam Ab Rahman (AA) with Nur Azlina


credit by fb 

WAWASAN UMMATIK UNTUK Ahmad Ammar:

Sebenarnya ilham untuk sebuah wawasan Ammar datang bukan sedari kecil. Ianya datang ketika Ammar sudah memasuki Royal Military College. Tika itu aku sering ke Turki memimpin rombongan WADAH untuk menyertai sambutan pembukaan Kota Constantinople( sekarang Istanbul) oleh Sultan Muhammad al Fatih pada setiap 29 Mei. Di samping itu rombongan juga akan menyertai Simposium (Tahunan) Badiuzzaman Said Nursi, seorang tokoh Mujahid Dakwah penyelamat aqidah bangsa Turki.

Sejak itu lah aku sering menanamkan wawasan ku agar Ammar harus meneruskan pelajarannya ke Turki. Tapi ku katakan, bukan bidang Sains, tetapi bidang sejarah Uthmaniyyah. Ammar musykil. Katanya Ammar kan bidang Sains, selalunya akan ke bidang perubatan dan berkaitan dengannya. Aku katakan, bidang ini amat penting untuk umat kerana sejarah hebat Khilafah Uthmaniyyah ingin dipadamkan oleh Barat dari ingatan umat Islam. Turki sentiasa diberikan gambaran negatif yang sarat dengan momokan saperti 'The sick man of Europe' serta Khilafah yang sarat dengan 'Harem' atau gundik-gundik Khalifah.

Aku katakan kepada Ammar bahawa Khilafah Uthmaniyyah perlu di kaji dari perspektif Islam dan mesti dijadikan inspirasi kepada umat mendatang. Walaupun aku tahu Ammar tidak begitu faham ketika itu, tetapi aku sentiasa menerapkan wawasan ini disetiap kesempatan.

Bersambung......

Tuban, Jawa Timur. 25/11/13


with Nur Azlina

credit by fb

Masih dalam Aura

Assalamualaikum.. Kaifahaluk?? Alhamdulillah, Sebenanya sudah lama cik Iman tak share. Serius, semakin usia makin meningkat (still awet muda.. ^_^v ) Banyak yang perlu kita terokai. Kadang2 terasa nak berubah sekelip mata. Tapi siapalah kita di sisi Allah. Kita merancang, tapi Allah yang menentukan. Yang penting. niat kita ikhlas kerana Allah dan ry berubah. Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang suka nak menulis panjang lebar, tapi saya suka menulis suka2, santai dan ringkas, tepat pada point yang hendak saya sampaikan. Sebabnya, saya kalau baca blog, tak suka nak baca panjang lebar dan meleret2, nanti saya lost bila membaca. Actually, malas nak baca, tu jadi  bosan.. hehe~~ Niat saya hanya 1 je, biar apa yang saya sampaikan, diterima dan dibaca oleh orang diluar sana, bukanlah khusus pada blogger semata2. Mungkin sebelum ini saya hanya menulis saja2, atau erti kata lain, menulis sekadar ada2. Tapi alhamdulillah, bukan followers yang hendak saya kejarkan. apa yang saya share itu yang hendak saya sampaikan. Sebenarnya yang hendak saya nyatakan, kita semua ni masih dalam aura Ahmad Ammar,. Aura perjuangan. Semoga Aura ini berkekalan sampai bila2. Insyallah, sama2 kita berubah. sama2 kita jadi hamba Allah yang soleh. Amin..

Wallahua'alam..

# Excited sebab dah ada header baru.. sebelum ni oder dengan orang, kali ni usaha nak buat sendiri.. Ape salahnya kita hargai hasil kerja kita kan? :)


Aurat vs Akhlak

Assalamualaikum.. Hi readers yang Allah sayangi..

Sebelum masuk tidur, Cik Iman nak share 1 benda.. Rasanya kalau nak share esok, macam tak sempat kan?? Mana tau tak sempat, saya di jemput Allah malam ni ke. hehe~ Anyway, saya nak share tentang fb aka. facebook. kalau tak faham lagi, muka buku. 3 tu je boleh saya terjemahkan kalau anda kononye tidak ada facebook. okey, tadi petang saya terbaca 1 statement yang di post oleh seorang adik ensem kacak macho. Bukan saya nak mengaibkan beliau. malah menghormati dia, bagi saya tak ada yang salah pun. tapi statement tu mengkin di copy dan seterusnay di paste dalam fb tanpa asal usul kajian secara terperinci adakah relaven atau tidak statement tersebut. Baiklah, mungkin ada yang tertanya statement tu macam mana..

Post tersebut berbunyi begini :
" Baik pilih perempuan yang tak bertudung , tapi mulut baik dan tak degil . Daripada pilih perempuan yang bertudung , tapi mulut laser dan degil . Sebab perempuan yang tak degil tu akan taat bila di suruh untuk pakai tudung ."

Okey, kenapa saya cakap statement ni tak relaven??? Sebab, Allah dah berfirman supaya kita menutup aurat, tudung kan untuk menutup aurat, kenapa nak samakan aurat dengan akhlaq?? memang keduanya sangat2 penting. Tetapi, aurat adalah benda yang wajib kita ikut, tapi akhlak mesti ada dalam diri. Senang nak diringkaskan, kenapa ada perkataan "Baik pilih?" say no pada perkataan "Baik pilih" Jadi, jangan salahkan aurat jika akhlak tidak terjaga. 

Moral of the story : Kaji kesahihan sesuatu fakta didalam sesawang, tak kira lah dalam fb ke, dalam tweeter, blog dan sebagainya, barulah ianya dipost supaya takdelah sesuatu yang menjadi musykil dan menjadi salah faham orang ramai. Bersangka baik je dengan dia, mungkin Allah hendak menguji mereka.

google


Terbuka hati2 yang tertutup

Assalamualaikum.. Selamat malam buat sesiapa yang baca blog cik iman. Semoga di rahmati Allah..

Ewah, terasa macam artis pulak. Tiba2 saya rasa macam rajin nak create blog. Okey, tak nak cakap banyak, Saya tau, bukan semua orang hendak baca post yang panjang bukan?.. Berbalik dengan yang tadi petang saya post, saya bukan lah orang yang di kalangan baik2. Malahan bukan ustazah yang tinggi ilmu. bukan ilmuan yang sentiasa mengkaji itu dan ini.. Tapi apa salahnya kita cuba untuk berubah jadi lebih baik??? kan?? Maaf andai terkasar bahasa. Berbalik kepada cerita Ahmad Ammar. Entah kenapa saya sangat suka baca banyak kali kisah Hamba Allah yang dikira "Syahid yang tertangguh" Ohh,, rupanya dia adalah HERO perjuangan dalam menegakkan islam. Malah impak yang besar dalam perjuangan islam di muka bumi Allah. Hebat kan?? So, kisah perjuangan Ammar bukan hanya terhenti di situ sahaja, bahkan ramai Ammar2 di luar sana nak berjuang sama seperti Ahmad Ammar. betul kan? "Terbuka Hati2 Yang Tertutup". Sampai ke 1 tahap yang lain, saya mula berfikir dan terus berfikir, aku yang dah berusia ni, jauh lebih tua dari Ammar, tiada sumbangan dalam islam pun.. Tapi di usia muda Ammar, dah banyak dia terokai. Sebenarnya, hati saya sangat dekat dengan Ammar walaupun tidak mengenalinya.. Terfikir, apa yang sudah saya cita2kan sebelum ini. Rupanya saya masih mengejar bayang2 Illahi untuk mengejar redho Allah

Wallahua'alam..


Tuesday 26 November 2013

Hati siapa yang terdetik hendak membaca???

Assalamualaikum.. hai readers, semoga di rahmati Allah.. Insya Allah.

Rasanya sudah banyak yang dah saya post dan copy dari fb mak abah ammar dan fan page Ahmad Ammar. Banyak pengajaran yang membuatkan saya langsung terfikir, saya adalah hamba Allah dari golongan yang mana??? banyak persoalan yang timbul di fikiran, jauh dari sudut hati, "Ya Allah, engkau ambil satu yang hebat, tapi yang engkau beri yang lain lebih hebat.. "  Terkadang saya terfikir sambil saya membaca di dalam fb mak abah ammar, apakah pejuangaan yang hendak mereka tegakkan dan apakah yang mereka nak dalam hidup ini.. jawapannya mungkin ada yang dah terfikir, dan ada yang belum nak berfikir lg. Saya tak berfikir untuk menulis dalam blog ini dengan terlalu panjang lebar. tapi saya nak bagi tahu kepada korang kat luar sana, " Niat seseorang tu, akan dapat hasil yang setimpal dengan apa yang kita hendak"  tak percaya??? Boleh lihat Mak Abah Ahmad Ammar.. baca di setiap post2 beliau. bukan sahaja baca, tetapi kita terus berfikir. Apakah hikmah di sebalik ini..

Wallahua'lam...

google


Kupinjam secebis semangat daripada mu, syahid yang tertangguh, Ahmad Ammar Ahmad Azam.

“Kenapa Turki?” soal Hafiz

Mungkin agak aneh pertanyaan itu bagi seseorang. Kemana- mana sahaja belajar, bukankah sama sahaja? Tapi bagi dirinya, Turki merupakan satu bumi yang istimewa. Bumi yang penuh dengan kisah, sejarah. Bumi khilafah. Mungkin bagi pelancong-pelancong, mengelarkan sebagai negara empat musim.

“Sebab ianya bumi islam, bumi khilafah. Bumi yang penuh dengan kehebatan. Bumi Al-Fateh.” Ahmad menjawab dengan senyuman. Nampak kesungguhan pada raut wajahnya.

“Sambung medik atau engineering? Tanya hafiz.

“Sejarah, insyaAllah.” Ahmad tersenyum lagi.

“Sejarah? Tapi result enta bagus. Malah antara yang terbaik di sekolah. Tak rasa rugi ke ambil sejarah?” Tanya Hafiz penuh kehairanan. Result bagus, tapi ambil sejarah? pelik didengarnya.

“Yup, sejarah… Hafiz, Turki ni dulu pernah menjadi pusat kepada dunia islam selama hampir 600 tahun lamanya. Dan tak ada kuasa dunia yang lain yang mampu untuk menguasai dunia lagi lama daripada itu. Negara lain pun tunduk dan respect kepada Turki ni. Kenapa kita tak bangga? Itukan sejarah kita? Dan kita boleh kembalikan sejarah itu. Selepas kita ni dah belajar tinggi-tinggi, last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pulak yang control kita. Kawal kita.” Jawab Ahmad tenang. Jawapan yang tajam yang membuatkan Hafiz tersentak. Ada benarnya daripada kata- kata tersebut.

“Hafiz, dalam diri kita ini, kalau kita hendak belajar, hendak merantau, biarlah kerana Allah. Untuk ummat. Demi islam. Ana memilih sejarah, dan Negara Turki sebagai pilihan. Kerana Turki lah negara terakhir yang mana runtuhnya khilafah. Dan ana yakin, Turki sekarang semakin membangun islamnya walau diancam oleh sistem sekular. Ana nak ikut selusuri jejak sultan Muhammad Al fateh, Abu Ayub Al Ansari, Said Nursi Badiuzzaman, Jalaluddin Rumi, Erbakan, Fatehullah Gulen dan ingin merasai sendiri suasana kepimpinan ummat masa kini, Erdogan dan Abdullah gul.” Ahmad terus memberikan penjelasan. Masih lagi tersenyum. Terasa kagum dengan pendirian Ahmad. Semoga kau akan mengapai cita- citamu.


Dan itu kisah beberapa tahun yang lalu.

“Kita namakan kumpulan kita, ‘Fatih Var Mir?’ mahu?” Tanya Ahmad. Mahu terjatuh rahang mulut Hafiz dan lain-lain. Terngaga. Hah! Apa maksudnya?

“Hm, apa maksudnya Mad?” soal Iddin. Dahinya berkerut.

“Maksudnya, 'Fatih ada ke?'” Wah, nama kumpulan, dengan satu persoalan pula. Ada ke Fatih? Kelakar pula mendengarnya.

“Dan untuk kali ini, kita ditugaskan untuk ke muzium Atartuk, dan kena buat sedikit kajian lah.” Kata Ahmad, selaku ketua kumpulan Fatih Var Mir.

“Baik. Boleh pergi jalan-jalan. Nanti enta terangkan lah pasal muzium dan benda yang ada dekat dalam tu. Ustaz ammar lebih tahu.” Gurau Zul. Pecah ketawa mereka berempat.

“Hmm, haritu ana pergi ke Syria. Ikut misi kemanusian kat sana. Tapi ana bukanya reti sangat berbahasa arab ni. Geng-geng ana ni semuanya tahu berbahasa arab. Segan juga lah, ana tak fasih sangat arab ni.’’ Sengih Ahmad, bercerita.

“Semasa nak masuk kedalam tu, kena soal dengan tentera Syria. Mereka tanya yang kami semua ni daripada mana? Geng-geng yang nak masuk ni, jawablah daripada Syria, walau sebenarnya bukan daripada Syria pun. Ada je dari Turki sendiri, mesir, yaman. Tapi diorang pandai cakap arab, jadi no hal lah. Ana just jawab dari Malaysia je, terus tak dapat masuk.” Ketawa mereka berempat. Ada-ada sahaja Ahmad ni.

“Tapi kan, nak dijadikan cerita, ana dapat juga masuk kedalam, ikut jalan belakang. Itupun curi-curi masuk. Sembunyi-sembunyi.” Bulat mata Iddin, Hafiz dan Zul mendengar pengakuan Ahmad.

“Biar betul? Beranilah enta ni!” ketawa mereka bersambung lagi.

“Berani apa kebendanya. Ana ni kalau tengok perempuan dah takut, tau?” masih bersisa ketawa Ahmad.

“Alah, itu bukanya takut. Tapi pemalu. Apa, ingat ana tak ingat dulu, semasa ada sorang budak perempuan Malaysia datang sini bercuti, nak cakap dengan budak tu pun, suruh si abang yang ambil master tu tolong sampaikan. Padahal depan-depan je!” Pecah lagi ketawa mereka.

“Apalah enta ni, Hafiz. Itu kisah lama. Kesian ammar kita ni. Nampak macam pakai blusher dah dekat pipi dia.” Gurau Zul. Nampak keceriaan mereka bersahabat.

“Tapi kan, sekarang ni, ana rasa, kalau tengok-tengok perempuan Turki ni, ana rasa macam nak kahwin je. Tak tahu kenapa...” Aik, dah kemaruk ke apa Ahmad ini.

Sunyi seketika.

“Sebenarnya... ana teringat semasa kat Syria haritu…” Ahmad cuba untuk meluahkan sesuatu.

“Ketika bermalam di hospital. Ana terdengar bunyi bom. Kuat sangat. Tapi Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Dan malam tu, ana bermimpi. Ana bermimpi bertemu bidadari. Dan semasa hari-hari last dekat sana, ana ada berborak dengan seorang pakcik. Dan kebetulan pakcik tu boleh berbahasa inggeris.”

“Lepas tu?’’ Tanya Iddin. Tidak sabar mendengar kisah pengembaraan Ahmad dibumi Syam itu.

“Pada mulanya, ana tanya lah, kenapa pemuda-pemuda kat sini berani betul dan nak syahid? Pakcik tu jawab, sebab pemuda-pemuda kat sini dah tak pandang dah pada harta dan wanita-wanita. Mereka hanya tunggu syurga dan bidadari syurga je. Sebab tu diorang nak sangat syahid. Then, ana ceritalah kisah ana yang mimpi tu. Dan pakcik tu cakap, awak ni boleh mati syahid ni.” Cerita ammar sambil tersenyum. Daripada matanya,, nampak cahaya harapan. Matanya bersinar. Iddin, hafiz dan zul berpandangan sesame sendiri. Tiba-tiba tekaknya rasa berpasir. Mata terasa panas. Ternyata hati mereka menjadi sebak mendengar kisah ammar itu.


 Dua minggu berlalu.

"Hafiz..."

”Hmm...” Berpaling Hafiz menghadap Ahmad.

“Nanti, enta tolong ngaji time ana kahwin nanti ye…” Erk. Tiba-tiba je si Ahmad ini cakap nak kahwin. Dah ada calon ke?

“Dah dekat ke? Dengan orang mana?” tersengih Hafiz.

“Ana minta ayah ana tolong carikan, ayah nak cari orang Bosnia.” Berseloroh ammar. Melebar senyum. Ada-ada sahaja.

“Hmm… Hafiz..”

“Ye..”

Senyap seketika.

“Nanti… kalau ana meninggal kat sini pun, enta ngajilah juga. Paling sikit pun, qulhuawallahu pun jadilah.” Hafiz mengangkat mukanya. Meneliti wajah Ahmad. Cuba mencari riak wajah. Mentafsir. Namun, gagal.

“Ishh… kenapa cakap macam tu. insyaAllah. Takdir itu ditangan Allah.” Serius sahaja suara Hafiz. Tetapi, dia dapat merasakan sesuatu.


Beberapa hari berlalu.

“Hafiz! Iddin!..” termengah-mengah Zul mengawal pernafasan. Matanya merah.

“Hah, kenapa Zul?” jawab Hafiz dan Iddin serentak.

“Ahmad… Ahmad, kemalangan… Dia dah takda…” Dengan suara yang tersekat-sekat. Serak. Namun mampu jelas didengari.

“Allahuakbar!!”

Ahmad kemalangan, dilangar oleh ambulan. Pada saat beliau ingin melintas jalan, kakinya tergelincir kerana jalan yang agak licin. Dan terus pada ketika itu, sebuah ambulan yang bergerak laju lalu merempuh bahu Ahmad. Hafiz, Iddin, Zul dan juga rakan-rakanya sama-sama ponteng kelas semata-mata ingin solatkan jenazah beliau. Melihat akan wajah Ahmad, seolah-olah kelihatan seperti sedang tidur. Dan setelah jenazah disemandikan, kelihatan peluh masih lagi ada pada wajah beliau. Allah lebih menyayangi beliau.

“Boleh saya baacakan surah Al-Ikhlas kepada Al-marhum?” Tanya Hafiz. Meminta izin.

“Silakan…” Lantas Hoca mengizinkan Hafiz untuk memulakan bacaanya sebanyak tiga kali. Namun pada bacaan kedua dan ketiga, Hafiz tidak dapat menahan sebak kerana mengenangkan permintaan Ammar yang dianggapnya sebagai bergurau pada beberapa hari yang lepas.
Terasa, baru beberapa hari yang lepas dirinya dan sahabat-sahabatnya yang lain bersama-sama bercerita dan bergurau ketawa. Harini, siapa sangka, bertukar tangisan sendu menghantar pemergian seorang sahabat.

Balik ke rumah. Jiwanya kosong. Masih terngiang-ngiang segala kenangan bersama Ahmad. Jarinya membuka laptop. Jemarinya menaip beberapa patah perkataan di keyboard, pada laman Fb nya. Timeline Ahmad dicari. Banyak ucapan takziah dihantar pada timeline arwah.

Dan matanya semakin kabur membaca di antara status terakhir beliau di Fb, "Sesungguhnya Allah mmbeli orang-orang mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan syurga", surah At-taubah: 111.

Sendu.

Usai membaca Yassin, Hafiz membaringkan tubuhnya atas katil. Terasa tidak bermaya. Matanya memandang siling. Nafasnya dihembus perlahan-lahan.

Ahmad, aku rindu padamu. Sudah tentu kau sudah bertemu bidadarimu. Sudah tentu kau sudah berkahwin dialam sana. Aku, aku masih disini. Masih menanti.

Matanya semakin mengecil. Matanya masih menatap siling. Namun, seolah-olah terbayang bidadari dihadapanya. Tetiba dirinya berasa diawangan.

Terpejam rapat.

Ahmad, semoga dirimu berbahagia disana. Tunggu aku. Diriku bakal menyusul, dengan secebis semangat daripadamu, untuk mengikut jejak langkahmu. InsyaAllah. One day.

----------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Tribute for Almarhum Sehit Ahmad Ammar Ahmad Azam. Diolah sebagai sumber inspirasi.

cc : Nur Azlina dan keluarga. Şehıdımız Ahmad Ammar.
Thanks to Hurin Ain and coretan Muhammad bin Ahmad Zaid, idea asal dalam hasilkan this tribute.

Kupinjam secebis semangat daripada mu, syahid yang tertangguh, Ahmad Ammar Ahmad Azam.

Al-fatihah.

May Allah bless.

credit by : #fb

Bon voyage my brother (Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.)


Bon voyage my brother
Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ada skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan di Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013

İSTANBUL,TÜRKİY

Monday 25 November 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki



 Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ

Perjuangan Ammar Di setiap Genap

credit by : #fb

Semangat pemuda,niat baik seseorang itu hanya Allah yg tahu. 

Syair Imam Syafie


Syair Imam Syafie ini adalah titik tolak kepada semangat untuk mengembara demi agama yang membuatkan hati Şehıdımız Ahmad Ammar membulatkan tekad untuk mula mengembara.

Beliau hanya sempat membaca petikan yang di dalam kotak biru ini yang didapatnya dari laman web seseorang. Setelah dicari, inilah syair penuh yang dinukilkan Imam Syafie.

Ayuh bersama GPTD untuk mengembara menjejaki sejarah Islam di merata dunia lantas membuka mata kita akan peranan apakah yang dapat kita tugaskan ke atas diri kepada umat.

Menjejak. Meneladani. Memimpin.

#letsfollowammar

Sunday 24 November 2013

Ammar Dikau Di Ingati

credit by : Abu Akhyar Al-Qudsi

Memang saya tidak tertahan untuk tidak menulis mengenai Ammar, maafkan saya. Tapi kali ini atas permintaan istimewa naqib kami yang kami kasihi iaitu Sami Yıldırım, juga sebagai guru Risalah an-Nur kami di Madrasah hayrat vakfi, untuk menyampaikan mesej #letsfollowammar kepada seluruh rakyat Malaysia. Sami Yildirim dalam Organisasi Hayrat Vakfi Turki adalah seorang Vakif iaitu orang yang mewakafkan keseluruhan dirinya untuk Dakwah, dan di dalam Organisasi hayrat beliau diamanahkan untuk menjaga pelajar2 antarabangsa di Turki yang diamanahkan di bawah penjagaan Hayrât Vakfı.

Berikut ialah mesejnya yang saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu:

Guru Ammar di Yayasan Hayrat berkata: seluruh rakyat Malaysia baik yang tua, yang muda, kanak-kanak, lelaki mahupun wanita, mestilah mengikuti dan mencontohi apa yang telah Ammar ikuti. Iaitu (pengajian) Risalah an-Nur.

Untuk membentuk Ammar ini terdapat tiga jenis pembentukan sebagai pakej, iaitu:

1)            Pembentukan intelek
2)            Pembentukan ruhani/jiwa
3)            Pembentukan akhlak/sahsiah

Kecemerlangan akademik sahaja tidak sempurna malah tidak bermakna sekiranya kontang ruhani dan miskin akhlak.

Maka madrasah inilah yang telah dicadangkan oleh ayahanda Ammar, sebagai pelengkap pakej pembentukan peribadi Ammar, di mana saya juga turut tumpang sekaki.

Tidak adil di dalam memberikan penghargaan semata2 kepada Universiti Marmara selain memberi penghargaan kepada Madrasah Hayrat. Universiti marmara hanya memberikan keperluan akademik, sedangkan di Turki, madrasah inilah yang menyediakan dua lagi keperluan yang lain. Setelah kesemua keperluan tersebut terlebih awal diberikan asasnya oleh institusi keluarganya di Malaysia.

Selain daripada rutin2 harian yang telah saya sebut pada posting yang lepas, pengajian utama ialah pengajian kitab Risalah an-Nur, yang terdiri daripada beberapa koleksi kitab yang ditulis oleh Imam besar di abad ini, dan dianggap sebagai mujaddid, iaitu Imam Bediuzzaman Said Nursi. Ketika kitab ini ditulis, iman masyarakat telah hancur kerana Ruh Islam pada waktu itu telah dicabut oleh Mustafa Kamal Attarturk, dan Imam Bediuzzaman Said Nursi pada ketika itu telah cuba menyembuhkan dan merawat keadaan ini dengan menulis Risalah an-Nur yang merupakan penawar daripada konsep-konsep Al-Quran, walaupun beliau terpenjara di penjara Mustafa Kamal Attarturk, dan ketika matinya jasad beliau turut dirampas oleh tentera Attarturk sehinggakan sehingga kini tiada diketahui di manakah tersembunyinya jasad beliau. Kata-kata popular Imam Bediuzzaman Said Nursi seperti berikut: "Demi menyelamatkan Iman masyarakat, aku telah mengorbankan kehidupan dunia dan akhiratku. Kerana, iman itulah tiang utama masyarakat Islam; kalau itu tiada maknanya, masyarakat pun runtuh".

Ammar pula merupakan penuntut yang tekun dan rajin. Bukan sahaja tekun mendalami ilmu sejarah Uthmaniah di Universiti Marmara, tetapi juga tekun di dalam mempelajari dan menghayati pembelajaran Kitab Risalah an-Nur di Madrasah Hayrat.

Pernah satu kali Ammar selepas tamat peperiksaan akhir di Marmara Universiti, Ammar telah "mengkuarantinkan" dirinya selama seminggu di Madrasah Hayrat di Suleymeniyye tempat saya menginap, untuk benar-benar menekuni dan memahami Kitab Risalah An-Nur, kerana pada waktu itu Ammar akan menjalani pula peperiksaan lisan, yang akan mengujinya pada waktu itu ialah Sami Yildirim.

Hairan saya dengan Ammar, kerana pemuda2 seperti dia tentunya mahukan kebebasan, dan kebiasaannya pelajar2 universiti apabila tamat peperiksaan bermakna tempoh bersuka ria telah bermula, tetapi tidak bagi Ammar, yang mana tempoh tersebut adalah tempoh menelaah Risalah an-Nur dan berbakti pada umat.

Di Madrasah ini, saya selalu menyebut padanya bahawa Ammar lebih Turki daripada orang2 Turki, kerana pencapaiannya sentiasa lebih baik dan lebih cemerlang berbanding orang2 Turki. Malah di dalam beberapa ketika pencapaian Ammar ialah sempurna iaitu 100% sedangkan orang Turki sendiri tidak dapat mencapai taraf kesempurnaan tersebut apatah lagi bukan orang Turki.

Dan saya bertambah yakin ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini dan Ammar sedang laluinya. Sepertimana saya telah sebut pada posting sebelum ini, terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub al-Ansori. Ya Ammarlah Al-Fateh tersebut (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

Adindaku Ahmad Ammar, kini aku bahagia kerana engkau menghidupkan semangat pemuda-pemuda yang lain. Berbahagialah engkau di sana bersama bidadari Syurga idamanmu.

Friday 22 November 2013

Allahu...Rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!

from: ibu Ammar 

Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!

Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."

Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bahawa semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi Al-Fateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:

"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)

Message terakhir Ammar

Perbualan terakhir Ammar dengan kakaknya... 

sumber : Fb

Never thought this would be the last conversation with him..When he told me that he wanted to be one of the shuhada’ in Syria, I seriously thought that he was just simply saying it..Never crossed my mind that he was really meant it..now, with Allah’s will, you are one of the shuhada’ my dear Ammar..the shaheed who seek for knowledge n plan to share it with others..all of us are proud of u.. – Nabila Azam

#AsSyahidAhmadAmmar BERTEMU BIDADARINYA


Hidup dikelilingi orang2 soleh, mati pula bersemadi jasadnya di kelilingi jasad orang2 Soleh. Takdir Allah buat hambanya yang terpilih..

Beliau di kuburkan di Perkuburan Eyub Sultan tempat As Syahid Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah.~~

MATIKU BAGAIMANA????

Cerita tentang As Syahid Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" y g brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau di #FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mereka serta harta mereka dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.


Al-Faatihah.


Oleh    : MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
Tarikh  : 20/11/2013
Tempat: İSTANBUL,TÜRKİYE""

Liputan Akhbar "KEMATIAN YANG DI HORMATI "



sumber : fb

ALLAH Sebenarnya Sayang Saya

Saya tidak tahu kenapa, setiap kali melihat video Ahmad Ammar, baca kisah hidup AMmar, sentiasa mengalir air mata, sebak di dada, terasa sangat mengenali beliau,. sedangkan saya tidak mengenali beliau. DI usia yang begitu muda, telah menjelajah dan sentiasa berfikir, bagaimana hendak menegakkan islam yang telah lama menjadi pemacu utama Dunia ini.  Saya terasa diri ini terpanggil untuk menyahut seruan illahi, supaya menegakkan kalimah Allah, terpanggil untuk bercita- cita melahirkan Ahmad Ammar sepertinya. Kadang2 saya terasa, Allah adil, dia sayang sangat2 pada saya. Sebab apa??? Sebab setiap kalai saya leka, setiap kali saya tersasar, Dia akan hantar peringatan dengan pelbagai bentuk. Saya dapat rasa, bahagia saya yang Allah bagi pada saya, sangat2 TERISTIMEWA.

Entah kenapa, nama AHMAD AMMAR menjadi penguat semnagat saya.. Apakah auranya yang tersendiri menyebabkan saya terasa, Ya Allah, AKU INGIN MENJADI SEPERTINYA... kadang kala terasa, YA ALLAH, JIKA AKU MENJADI IBU KEPADA ANAK2 AKU KELAK, AKU MENGINGINKAN ANAK2 KU SEPERTI AS- SYAHID AHMAD AMMAR..

Tergerak di hati untuk menyimpan post2 ilmiah di dalam blog saya yang sentiasa di dalam keadaan lagha mengejar dunia. Bukan cita2 saya untuk menjadi model, kadang2 terikut dengan hawa nafsu. Post2 di #fb kisah Ammar, saya copy untuk tatapan saya dan pembaca.. Supaya saya sentiasa mengingati " Dia (Ahmad Ammar) As Syahid yang di kebumikan di sisi para sahabat nabi, para ambiya' seramai 60 orang."

AHMAD AMMAR "Asy-Syahid yang Tertangguh"


Ahmad Ammar Ahmad Azam

Pelajar Malaysia yang di gelar "Asy-Syahid yang Tertangguh"
yang saat kematiannya dan pengebumiannya di Muliakan Allah SWT merupakan Seorang Muridin Sufi yang ber-Toriqoh "Qadiri Naqshbandi Al-Faruki"

Halaqah Dzikir Toriqoh Qadiri Naqshbandi Al-Faruki:
http://www.youtube.com/watch?v=bdWu0CCQTPc&noredirect=1

Berita Kematiannya ditulis di blog-blog di internet:
http://www.melvister.com/2013/11/ahmad-ammar-ahmad-azam-pelajar-malaysia-dimuliakan-di-turki.html

Sebegini Mulia Allah mengangkat Ahli-ahli Sufi,
Bagaimana sewenang-wenangnya kita memperkecilkan, serta menghukum mereka sebagai puak-puak yang sesat???

"Seorang Sufi itu mengajar muridnya bukan untuk taat(solat dan dzikir), tetapi untuk kenal Allah"

-Sheikhuna Abu Muhammad Rohimuddin Bin Nawawi Azmatkhan Al-Husaini Al-Bantani-

"Awwaluddin Ma'rifatullah"
"Permulaan Agama Itu Adalah Mengenal Allah."

Tidak kenal maka tidak Cinta,
Apabila timbulnya Cinta pasti ada perasaan Ingin Berkorban demi Cinta.

Dan Bagaimana timbulnya Pengorbanan(Jihad) jika tidak ada Cinta, dan tidak ada Kenal(yang merupakan permulaan kepada Cinta)???

Inilah peranan Toriqoh Sufiyyah dalam mentarbiah Jiwa demi melahirkan Seorang Pejuang yang tidak rapuh rohaninya, tidak goyah pendiriannya.

Semoga Allah menempatkannya bersama-sama dengan Baginda Tercinta Sayyiduna Wa Habibuna Wa Imamuna Wa Qudwatuna Rasulillah saw...

Aminnn

Al-Fatihahhh...

Syahidnya Ammar 02.11.2013

Belasungkawa Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam
Beruntung Ibu Bapa As-Syahid Ahmad Ammar.. Ammar pergi berjumpa Bidadarinya..

Video aS Syahid Ahmad Ammar kini sudah ditonton lebih 910,000 kali dan terus meningkat, insyaALLAH telah menyentuh paling kurang sebahagian besar hati- hati mereka yang menontonnya.

Allah Allah....setiap kali hati- hati mereka tersentuh pahala untuknya. Ya Allah, hatta pemergianmu membawa pahala tak henti-henti. Dunia menyebut namamu, engkau dikenang.


INSPIRASI UNTUK KE ARAH YANG LEBIH BAIK.

Monday 4 November 2013

MAAL HIJRAH 1435

Heloo.. Salam alaik.. Lama rasanya ceq tak berceloteh dalam ni.. Nak borak ape ye?? Al- maklum lah... Lama dah tak updat, ni la gamaknyerr. Haaaa... sekarang kan dah masuk MAAL HIJRAH 1435 hijrah.. Alhamdulillah~ Sattle Cik Iman baca doa akhir tahun dan awal tahun. Korang baca tak?? Jangan tak baca. rugi meh..

Tau tak readers, pada ketika ini buku amalan yanga lama di tutup dan buku amalan baru di buka. So, mulakan penghijrahan.. niat , azam yang baru,. untuk menjadi insan yang cemerlang, terbilang, dan gemilang di sisi Allah Subahanahuwataalla.. Aameen~~


credit: google picture

Azam Cik Iman untuk Maal Hijrah ni,
  • Saya nak jadi seorang insan yang mencuba untuk taat dan patuh kepada perintah Allah.
  • Saya nak try pakai yang menutup aurat.. ( Try pakai jubah.. ^_^ )
  • Saya nak try istikharah dengan berterusan.. ( Insha-Allah )
  • Saya nak jadi insan solehah di sisi keluarga saya dan ehem2.. (abg Ikhsan la. )

My Birthday Yang ke- ??

Alhamdulillah.. Berakhir zaman remaja Cik Iman.. Ewahhh.. remaja la sangat kan?? Jangan sangka muda.. tapi hakikatnya remaja lagi Cik Iman ni... ada orang cakap Cik Iman awet muda? Alhamdulillah, rezeki tuhan bagi awet muda remaja kanak2 gituuu.. hakhak...


 SILA ABAIKAN KEK YANG TULIS 26. TANGOK KEK YANG 20 JE.

Okey, muka tak nak annoying sangat.. Ni kerja adik Cik Iman.. Dia masuk gambar cik iman paling errrr~ tak tau nak kato gapo.. hihihihi~