Sebenarnya ilham untuk sebuah wawasan Ammar datang bukan
sedari kecil. Ianya datang ketika Ammar sudah memasuki Royal Military College.
Tika itu aku sering ke Turki memimpin rombongan WADAH untuk menyertai sambutan
pembukaan Kota Constantinople( sekarang Istanbul) oleh Sultan Muhammad al Fatih
pada setiap 29 Mei. Di samping itu rombongan juga akan menyertai Simposium
(Tahunan) Badiuzzaman Said Nursi, seorang tokoh Mujahid Dakwah penyelamat
aqidah bangsa Turki.
Sejak itu lah aku sering menanamkan wawasan ku agar Ammar
harus meneruskan pelajarannya ke Turki. Tapi ku katakan, bukan bidang Sains,
tetapi bidang sejarah Uthmaniyyah. Ammar musykil. Katanya Ammar kan bidang
Sains, selalunya akan ke bidang perubatan dan berkaitan dengannya. Aku katakan,
bidang ini amat penting untuk umat kerana sejarah hebat Khilafah Uthmaniyyah
ingin dipadamkan oleh Barat dari ingatan umat Islam. Turki sentiasa diberikan
gambaran negatif yang sarat dengan momokan saperti 'The sick man of Europe'
serta Khilafah yang sarat dengan 'Harem' atau gundik-gundik Khalifah.
Aku katakan kepada Ammar bahawa Khilafah Uthmaniyyah perlu
di kaji dari perspektif Islam dan mesti dijadikan inspirasi kepada umat
mendatang. Walaupun aku tahu Ammar tidak begitu faham ketika itu, tetapi aku
sentiasa menerapkan wawasan ini disetiap kesempatan.
Bersambung......
Tuban, Jawa Timur. 25/11/13
with Nur Azlina
credit by fb
No comments:
Post a Comment