from: ibu Ammar
Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!
Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar
meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas
beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di
Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin
pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make
sure u take good care of yourself."
Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2
Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau
bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....
Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bahawa semasa di
sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....
Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali
ke bumi Al-Fateh....
Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:
"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak
mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari
Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat
aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk
termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air
mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak
cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum
ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan
matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang
lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad
tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti
rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada
anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat
lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai
saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang
menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!
(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt
lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)
No comments:
Post a Comment