Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2
November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di
Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau
merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu
agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah
menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di
Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam
kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November
lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh
para sahabatnya.
☞ Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan
pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe)
Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November
2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan
satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang
SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang
Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara
banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk
kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga
telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara
Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai
misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi
pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap
hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang
yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub
Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60
jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan
di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga
allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu
ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang
hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya
mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
الفاتحة
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ
المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين
آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment