STUDY GROUP FRIEND'S

Friday, 22 November 2013

ALLAH Sebenarnya Sayang Saya

Saya tidak tahu kenapa, setiap kali melihat video Ahmad Ammar, baca kisah hidup AMmar, sentiasa mengalir air mata, sebak di dada, terasa sangat mengenali beliau,. sedangkan saya tidak mengenali beliau. DI usia yang begitu muda, telah menjelajah dan sentiasa berfikir, bagaimana hendak menegakkan islam yang telah lama menjadi pemacu utama Dunia ini.  Saya terasa diri ini terpanggil untuk menyahut seruan illahi, supaya menegakkan kalimah Allah, terpanggil untuk bercita- cita melahirkan Ahmad Ammar sepertinya. Kadang2 saya terasa, Allah adil, dia sayang sangat2 pada saya. Sebab apa??? Sebab setiap kalai saya leka, setiap kali saya tersasar, Dia akan hantar peringatan dengan pelbagai bentuk. Saya dapat rasa, bahagia saya yang Allah bagi pada saya, sangat2 TERISTIMEWA.

Entah kenapa, nama AHMAD AMMAR menjadi penguat semnagat saya.. Apakah auranya yang tersendiri menyebabkan saya terasa, Ya Allah, AKU INGIN MENJADI SEPERTINYA... kadang kala terasa, YA ALLAH, JIKA AKU MENJADI IBU KEPADA ANAK2 AKU KELAK, AKU MENGINGINKAN ANAK2 KU SEPERTI AS- SYAHID AHMAD AMMAR..

Tergerak di hati untuk menyimpan post2 ilmiah di dalam blog saya yang sentiasa di dalam keadaan lagha mengejar dunia. Bukan cita2 saya untuk menjadi model, kadang2 terikut dengan hawa nafsu. Post2 di #fb kisah Ammar, saya copy untuk tatapan saya dan pembaca.. Supaya saya sentiasa mengingati " Dia (Ahmad Ammar) As Syahid yang di kebumikan di sisi para sahabat nabi, para ambiya' seramai 60 orang."

No comments: