STUDY GROUP FRIEND'S

Sunday, 4 May 2014

CINTA RAHSIA MEMBAWA BAHAGIA

Cinta Ali dan Fatimah amat luar biasa indah, terjaga kerahsiaanya dalam sikap, ekspresi, dan kata, hingga akhirnya Allah menyatukan mereka dalam suatu pernikahan. Kerana cinta rahsianya, syaitan pun tidak tahu menahu soal cinta di antara mereka. Subhanallah...

Ali terpesona pada Fatimah sejak sekian lama, disebabkan oleh kesantunan, ibadah, cekal hati, dan paras indah puteri kesayangan Rasulullah SAW itu. Beliau pernah diuji dua kali, saat Abu Bakar dan Umar ibn Khattab melamar Fatimah sementara dirinya belum bersedia untuk melakukannya. Namun kesabarannya berbuah manis,lamaran kedua orang sahabat yang tak diragukan lagi kesolehannya tersebut ternyata ditolak Rasulullah Saw. Akhirnya Ali memberanikan diri. Dan ternyata lamarannya kepada Fatimah yang hanya bermodal baju besi diterima.


Di sisi lain, Fatimah ternyata telah memendam cintanya kepada Ali sejak lama. Dalam suatu riwayat dikisahkan bahawa suatu hari setelah kedua menikah, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda dan aku ingin menikah dengannya”. Ali pun bertanya mengapa ia tetap mahu menikah dengannya, dan apakah Fatimah menyesal menikah dengannya. Sambil tersenyum Fathimah menjawab, “Pemuda itu adalah dirimu”


Inilah cinta yang kita mahu hasil daripada kerinduan rahsia,membawa kepada sebuah perkahwinan yang bahagia. Jika engkau cinta seseorang, doakanlah dirinya disetiap sujudmu,sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar... 

Credit by : Majalah Cinta

No comments: