STUDY GROUP FRIEND'S

Monday, 4 March 2013

SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69 YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU


AL- FATIHAH BUAT SYUHADA YANG TERKORBAN MEMPERTAHANKAN NEGARA. 



Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 

Wahai anak- anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak- anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..

* Jangan di tahan air mata, sesungguhnya aku sendiri sedih untuk membacanya

-PERAJURIT-

SELAMAT BERJUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN TANAH AIR TERCINTA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANGAN MEREKA. AMIN

P/S : COPY & PASTE


No comments: