“Kenapa Turki?” soal Hafiz
Mungkin agak aneh pertanyaan itu bagi seseorang. Kemana- mana
sahaja belajar, bukankah sama sahaja? Tapi bagi dirinya, Turki merupakan satu
bumi yang istimewa. Bumi yang penuh dengan kisah, sejarah. Bumi khilafah.
Mungkin bagi pelancong-pelancong, mengelarkan sebagai negara empat musim.
“Sebab ianya bumi islam, bumi khilafah. Bumi yang penuh
dengan kehebatan. Bumi Al-Fateh.” Ahmad menjawab dengan senyuman. Nampak
kesungguhan pada raut wajahnya.
“Sambung medik atau engineering? Tanya hafiz.
“Sejarah, insyaAllah.” Ahmad tersenyum lagi.
“Sejarah? Tapi result enta bagus. Malah antara yang terbaik
di sekolah. Tak rasa rugi ke ambil sejarah?” Tanya Hafiz penuh kehairanan.
Result bagus, tapi ambil sejarah? pelik didengarnya.
“Yup, sejarah… Hafiz, Turki ni dulu pernah menjadi pusat
kepada dunia islam selama hampir 600 tahun lamanya. Dan tak ada kuasa dunia
yang lain yang mampu untuk menguasai dunia lagi lama daripada itu. Negara lain
pun tunduk dan respect kepada Turki ni. Kenapa kita tak bangga? Itukan sejarah kita?
Dan kita boleh kembalikan sejarah itu. Selepas kita ni dah belajar
tinggi-tinggi, last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pulak yang
control kita. Kawal kita.” Jawab Ahmad tenang. Jawapan yang tajam yang
membuatkan Hafiz tersentak. Ada benarnya daripada kata- kata tersebut.
“Hafiz, dalam diri kita ini, kalau kita hendak belajar,
hendak merantau, biarlah kerana Allah. Untuk ummat. Demi islam. Ana memilih
sejarah, dan Negara Turki sebagai pilihan. Kerana Turki lah negara terakhir
yang mana runtuhnya khilafah. Dan ana yakin, Turki sekarang semakin membangun
islamnya walau diancam oleh sistem sekular. Ana nak ikut selusuri jejak sultan
Muhammad Al fateh, Abu Ayub Al Ansari, Said Nursi Badiuzzaman, Jalaluddin Rumi,
Erbakan, Fatehullah Gulen dan ingin merasai sendiri suasana kepimpinan ummat
masa kini, Erdogan dan Abdullah gul.” Ahmad terus memberikan penjelasan. Masih
lagi tersenyum. Terasa kagum dengan pendirian Ahmad. Semoga kau akan mengapai
cita- citamu.
Dan itu kisah beberapa tahun yang lalu.
“Kita namakan kumpulan kita, ‘Fatih Var Mir?’ mahu?” Tanya
Ahmad. Mahu terjatuh rahang mulut Hafiz dan lain-lain. Terngaga. Hah! Apa
maksudnya?
“Hm, apa maksudnya Mad?” soal Iddin. Dahinya berkerut.
“Maksudnya, 'Fatih ada ke?'” Wah, nama kumpulan, dengan satu
persoalan pula. Ada ke Fatih? Kelakar pula mendengarnya.
“Dan untuk kali ini, kita ditugaskan untuk ke muzium
Atartuk, dan kena buat sedikit kajian lah.” Kata Ahmad, selaku ketua kumpulan
Fatih Var Mir.
“Baik. Boleh pergi jalan-jalan. Nanti enta terangkan lah
pasal muzium dan benda yang ada dekat dalam tu. Ustaz ammar lebih tahu.” Gurau
Zul. Pecah ketawa mereka berempat.
“Hmm, haritu ana pergi ke Syria. Ikut misi kemanusian kat
sana. Tapi ana bukanya reti sangat berbahasa arab ni. Geng-geng ana ni semuanya
tahu berbahasa arab. Segan juga lah, ana tak fasih sangat arab ni.’’ Sengih
Ahmad, bercerita.
“Semasa nak masuk kedalam tu, kena soal dengan tentera
Syria. Mereka tanya yang kami semua ni daripada mana? Geng-geng yang nak masuk
ni, jawablah daripada Syria, walau sebenarnya bukan daripada Syria pun. Ada je
dari Turki sendiri, mesir, yaman. Tapi diorang pandai cakap arab, jadi no hal
lah. Ana just jawab dari Malaysia je, terus tak dapat masuk.” Ketawa mereka
berempat. Ada-ada sahaja Ahmad ni.
“Tapi kan, nak dijadikan cerita, ana dapat juga masuk
kedalam, ikut jalan belakang. Itupun curi-curi masuk. Sembunyi-sembunyi.” Bulat
mata Iddin, Hafiz dan Zul mendengar pengakuan Ahmad.
“Biar betul? Beranilah enta ni!” ketawa mereka bersambung
lagi.
“Berani apa kebendanya. Ana ni kalau tengok perempuan dah
takut, tau?” masih bersisa ketawa Ahmad.
“Alah, itu bukanya takut. Tapi pemalu. Apa, ingat ana tak
ingat dulu, semasa ada sorang budak perempuan Malaysia datang sini bercuti, nak
cakap dengan budak tu pun, suruh si abang yang ambil master tu tolong
sampaikan. Padahal depan-depan je!” Pecah lagi ketawa mereka.
“Apalah enta ni, Hafiz. Itu kisah lama. Kesian ammar kita
ni. Nampak macam pakai blusher dah dekat pipi dia.” Gurau Zul. Nampak keceriaan
mereka bersahabat.
“Tapi kan, sekarang ni, ana rasa, kalau tengok-tengok
perempuan Turki ni, ana rasa macam nak kahwin je. Tak tahu kenapa...” Aik, dah
kemaruk ke apa Ahmad ini.
Sunyi seketika.
“Sebenarnya... ana teringat semasa kat Syria haritu…” Ahmad
cuba untuk meluahkan sesuatu.
“Ketika bermalam di hospital. Ana terdengar bunyi bom. Kuat
sangat. Tapi Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Dan malam tu, ana bermimpi.
Ana bermimpi bertemu bidadari. Dan semasa hari-hari last dekat sana, ana ada
berborak dengan seorang pakcik. Dan kebetulan pakcik tu boleh berbahasa
inggeris.”
“Lepas tu?’’ Tanya Iddin. Tidak sabar mendengar kisah
pengembaraan Ahmad dibumi Syam itu.
“Pada mulanya, ana tanya lah, kenapa pemuda-pemuda kat sini
berani betul dan nak syahid? Pakcik tu jawab, sebab pemuda-pemuda kat sini dah
tak pandang dah pada harta dan wanita-wanita. Mereka hanya tunggu syurga dan
bidadari syurga je. Sebab tu diorang nak sangat syahid. Then, ana ceritalah
kisah ana yang mimpi tu. Dan pakcik tu cakap, awak ni boleh mati syahid ni.”
Cerita ammar sambil tersenyum. Daripada matanya,, nampak cahaya harapan.
Matanya bersinar. Iddin, hafiz dan zul berpandangan sesame sendiri. Tiba-tiba
tekaknya rasa berpasir. Mata terasa panas. Ternyata hati mereka menjadi sebak
mendengar kisah ammar itu.
Dua minggu berlalu.
"Hafiz..."
”Hmm...” Berpaling Hafiz menghadap Ahmad.
“Nanti, enta tolong ngaji time ana kahwin nanti ye…” Erk.
Tiba-tiba je si Ahmad ini cakap nak kahwin. Dah ada calon ke?
“Dah dekat ke? Dengan orang mana?” tersengih Hafiz.
“Ana minta ayah ana tolong carikan, ayah nak cari orang
Bosnia.” Berseloroh ammar. Melebar senyum. Ada-ada sahaja.
“Hmm… Hafiz..”
“Ye..”
Senyap seketika.
“Nanti… kalau ana meninggal kat sini pun, enta ngajilah
juga. Paling sikit pun, qulhuawallahu pun jadilah.” Hafiz mengangkat mukanya.
Meneliti wajah Ahmad. Cuba mencari riak wajah. Mentafsir. Namun, gagal.
“Ishh… kenapa cakap macam tu. insyaAllah. Takdir itu
ditangan Allah.” Serius sahaja suara Hafiz. Tetapi, dia dapat merasakan
sesuatu.
Beberapa hari berlalu.
“Hafiz! Iddin!..” termengah-mengah Zul mengawal pernafasan.
Matanya merah.
“Hah, kenapa Zul?” jawab Hafiz dan Iddin serentak.
“Ahmad… Ahmad, kemalangan… Dia dah takda…” Dengan suara yang
tersekat-sekat. Serak. Namun mampu jelas didengari.
“Allahuakbar!!”
Ahmad kemalangan, dilangar oleh ambulan. Pada saat beliau
ingin melintas jalan, kakinya tergelincir kerana jalan yang agak licin. Dan
terus pada ketika itu, sebuah ambulan yang bergerak laju lalu merempuh bahu
Ahmad. Hafiz, Iddin, Zul dan juga rakan-rakanya sama-sama ponteng kelas
semata-mata ingin solatkan jenazah beliau. Melihat akan wajah Ahmad,
seolah-olah kelihatan seperti sedang tidur. Dan setelah jenazah disemandikan,
kelihatan peluh masih lagi ada pada wajah beliau. Allah lebih menyayangi
beliau.
“Boleh saya baacakan surah Al-Ikhlas kepada Al-marhum?”
Tanya Hafiz. Meminta izin.
“Silakan…” Lantas Hoca mengizinkan Hafiz untuk memulakan
bacaanya sebanyak tiga kali. Namun pada bacaan kedua dan ketiga, Hafiz tidak
dapat menahan sebak kerana mengenangkan permintaan Ammar yang dianggapnya
sebagai bergurau pada beberapa hari yang lepas.
Terasa, baru beberapa hari yang lepas dirinya dan
sahabat-sahabatnya yang lain bersama-sama bercerita dan bergurau ketawa.
Harini, siapa sangka, bertukar tangisan sendu menghantar pemergian seorang
sahabat.
Balik ke rumah. Jiwanya kosong. Masih terngiang-ngiang
segala kenangan bersama Ahmad. Jarinya membuka laptop. Jemarinya menaip
beberapa patah perkataan di keyboard, pada laman Fb nya. Timeline Ahmad dicari.
Banyak ucapan takziah dihantar pada timeline arwah.
Dan matanya semakin kabur membaca di antara status terakhir
beliau di Fb, "Sesungguhnya Allah mmbeli orang-orang mukminin, diri mereka
serta harta mereka dengan syurga", surah At-taubah: 111.
Sendu.
Usai membaca Yassin, Hafiz membaringkan tubuhnya atas katil.
Terasa tidak bermaya. Matanya memandang siling. Nafasnya dihembus
perlahan-lahan.
Ahmad, aku rindu padamu. Sudah tentu kau sudah bertemu
bidadarimu. Sudah tentu kau sudah berkahwin dialam sana. Aku, aku masih disini.
Masih menanti.
Matanya semakin mengecil. Matanya masih menatap siling.
Namun, seolah-olah terbayang bidadari dihadapanya. Tetiba dirinya berasa
diawangan.
Terpejam rapat.
Ahmad, semoga dirimu berbahagia disana. Tunggu aku. Diriku
bakal menyusul, dengan secebis semangat daripadamu, untuk mengikut jejak
langkahmu. InsyaAllah. One day.
----------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Tribute for Almarhum Sehit Ahmad Ammar Ahmad Azam.
Diolah sebagai sumber inspirasi.
cc : Nur Azlina dan keluarga. Şehıdımız Ahmad Ammar.
Thanks to Hurin Ain and coretan Muhammad bin Ahmad Zaid,
idea asal dalam hasilkan this tribute.
Kupinjam secebis semangat daripada mu, syahid yang
tertangguh, Ahmad Ammar Ahmad Azam.
Al-fatihah.
May Allah bless.
credit by : #fb